Pada masa ni, logik nya dan demi kebaikan alam sejagat aku, aku sepatutnya tengah studi dengan tekun dan tak beralih ke arah alam maya ni atau sewaktu dengannya. tapi, tapi, tapi~nda boleh~ T-T
Memang susah lah nak fokus-sefokus-fokusnya pada studi atas meja ni. Aku dah naik risau gila gaban ni. Esok ada ujian oleh lecturer tomey-alalala-tomey tu. *seriustaktipu, prof tu comel. Bila dah fokus 10 minit, dah faham, mata dan tangan ni ter-ter-eh-ter-menaip di lappy ni. Penangan sungguh alam internet ni!
Yeah, sekali lagi sis Maria telah menampar minda belia (sila perasan yang anda tergolong dlm kelompok belia) secara gedik nya. Ahaks! I loikee~
Sememang nya remaja sekarang rata-rata menggunakan jaringan sosial yang pelbagai, memang sangat normal lah jika anda mempunyai lebih dari 3 laman sosial di internet. Paling kurang sekalipun memiliki akaun Facebook dan Twitter. Anda bukan lah seorang remaja normal sekira nya tidak memiliki dua laman sosial ini. Blog merupakan opsyen ketiga selain Tagg dan Tumblr. kankankan~? *batting eyelashes
Aku serius bersetuju dengan adegan "advertisement desperado" gedik dalam video tu, apatah lagi dengan quote "I`ll like your status as long as you like mine! ahaks!"
tak kah amat terlihat di situ akan betapa ada sesetengah yang terlalu bersandarkan laman sosial untuk menjadi popular.
*hek eleh, macam kawan dalam laman sosial tu boleh pinjam kan mu duit, ye dak?
Main point aku di sini adalah, "tak salah kita meluah kan emosi dalam laman sosial tapi untuk mencari perhatian hanya dengan melike status, stalking, komen bagai nak rak (terutama komen menyakit kan hati) menambah kenalan baru agar-bilangan-kawan-semakin-tinggi., boleh membuat kan laman sosial ni semakin tak selamat dan meluak kan. contoh aku paling tak suka; semua status yang ditulis kena like sampai notification jadi banyak."
Kadang-kadang bila aku lihat sesetengah profile kawan-kawan aku di FB, mereka seolah-olah sedang dalam pertandingan-friend-list-tertinggi. Aku tak nak mencanang di sini, tapi setakat orang nak add aku di laman sosial tu, banyak kira nya, tapi aku tak "approve" sebab aku yakin mereka hanya ingin menambah bilangan kenalan. Lagi pula, selagi aku rasa tak boleh membantu dari segi fizikal dan emosional, tak perlu lah itu semua. Cukup yang kita kenali dan kita mahu kenali dan kenalah bersandarkan niat yang betul.
Pengakuan: Ketagihan aku pada girlgroup APink menjadi-jadi sampai kan aku dah jadikan lagu tema blog baru aku ni.
Aku nak salah kan pihak universiti atas WiFi, Mark Zuckerberg atas FB, Youtube atas Apink dgn lagu MY MY tu.
midnight snack aku, kau ada? hmph!
oklah, kembali ke alam nyata, selamat malam semua!