Tuesday, April 24, 2012

Kepurung



Assalamualaikum dan selamat baik baik saja kepada semua.
Hamboih! Lama sudah aku nda apdet blog aku yang satu ni. Sikit-sikit status FB dan Twitter ja yang aku apdet. Sampai stalkers dan haters aku mungkin sudah meluat tahap meroyan babeng dgn kekerapan aku meng-apdet tu. Tapi, aku buat muka memerang jakla. Mau tau macam na muka manusia memerang? 
Macam ni :


Jadi, apa sebenarnya yang aku mau luahkan dalam entri kali ni? Hewhewhew. Jangan risau, dalam blog ni aku malas luahkan emosi gilo dan poyo aku. Tapi lebih kepada situasi yang buat aku happy dan suka hatiiiiiiiii~ *tiba-tiba suara soprano keluar

Baiklah, lads and gents ! Mari kita baca apa musabab aku menaip entri ini. Sebab nya, aku mahu memperkenalkan sejenis menu yg agak popular (aku rasa lah) di Sabah iaitu Kepurung. Kalau di daerah aku, Tawau, Kepurung, kalau di bahagian utara Sabah, dorang panggil Ambuyat.

Jadi, pengisian entri kali ni adalah `Proses memasak dan memakan Kepurung’

Apa itu kepurung/ambuyat?
Buat permulaan,jujurnya, aku sebenarnya nda tahu sejarah mengenai menu ni ; dari mana, bangsa mana yg makan dan mengapa nama nya sedemikian. Yang aku tahu melalui pelajaran lisan dari ibu dan famili aku adalah, Kepurung ni popular dlm semua suku bumiputera Sabah, tepung kanji dan sayur bening adalah asas nya, serta menggunakan banyak tenaga dan bahan.

Ok, proses memasak menu ni terbahagi kepada 2. (Sebenarnya aku ja yg menyimpulkan nya begitu sbb untuk memasak dlm masa yg cepat, kerja kena dibahagikan kepada dua bahagian.)
Bahagian proses memasak yg pertama adalah menyediakan sayur bening dan sambal.
Proses kedua pula adalah memasak tepung kanji dan "memintal nya"

Bahagian pertama adalah: Menyediakan dan memasak sayur bening dan sambal.
Bahan-bahan :

Masak sayur bening
sayur-sayuran: kangkung, kacang panjang, kubis, daun kelor, keledek manis (didadu dan direbus dulu) 
*pilihan sayur terpulang pada kamu
Halia (sebesar ibu jari)
Bawang merah dan bawang putih (5 ulas tiap satu)
segenggam daun chemangi.


daun kelor
campuran sayur blm dimasak.


Masak sayur bening:  Potong bawang merah, bawang putih dan sayur-sayuran. Panaskan minyak dan tumis BM,BP dan halia sampai naik bau wangi tu. Tuang kan air dan masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong. Didihkan, tadaaa! Dah masak!


Sambal tomato:
Belacan (1/2 keping .Ikut suka hati pun boleh)
Tomato (2 biji, digoreng)
Cili padi/lada (15 biji. Ikut suka hati pun boleh)
Bawang merah (3 ulas digoreng bulat)

Sambal tomato: tumbuk cilipadi, bawang merah digoreng, dan belacan. bila dah lumat halus, masukkan tomato dan tumbuk kasar. Jgn lumat kan pulok. 

Sambal bilis kering
Ikan bilis (ikut suka hati)
bawang merah (3 ulas) dan cili padi (5 biji) tumbuk sekali.
Tumis BW dan cili padi tadi smpai naik wangi. masukkan ikan bilis dan gaul hingga masak.


tumis-tumis!

Tambahan lauk:
Kacang tanah (digoreng kering)
Sardin (tos dan goreng kering)

Goreng kering tau!
Tumbuk kasar.

sardin goreng~~

Proses kedua:
Tepung kanji (dua bungkuihhh)
Air panas (3 liter atau bergantung pada kekentalan tepung)
Chopstick (utk "membentuk" ambuyat)
Air masak (utk merendam ambuyat)
*dapatkan bantuan org lain, jgn buat sendiri

Utk proses ni, tuangkan tepung kanji tersebut ke dalam kuali atau bekas besar (mana-mana kamulah)
Sediakan air panas dan pastikan dlm keadaan mendidih (alaaa, masih berbuih-buih gelegak tuh),
Tuangkan perlahan-lahan, kacau, tuang, kacau,tuang, kacau smpai lah tepung kanji tu kental tau!
Tadaaa! jadi camni,jgn geli tau!
ambik chopsticks dan kaut tepung kanji yg da masak tu dgn cara memintal sehingga bulat.
tengok FOTO DI BAWAH utk tengok camna kaut ambuyat dgn chopstick.
Pintal jgn tak pintal~~
 Letakkan kautan/ pintalan ambuyat tersebut ke dlm bekas berisi air masak tadi. (lebih baik lebih satu org buat sesama supaya cepat) 

bila dah banyak , jadi camni~
Semua dah siap masak, apa lagi, hidangkan!

Putaran arah jam: sardin goreng, sambal tomato, (sambal ni aku tak kenalkan sbb tak penting) , sambal bilis dan kacang ditumbuk. :)


Cara makan nya adalah dgn mencampurkan semua lauk tersebut semahu anda. 
Macam ni:
*diambil ketika dlm proses ngap-ngap. cecomot
Kalau mahu cuba masak sendiri, pun boleh. Tapi kalau aku, mmg aku harap ibu aku jak lah yg masak. Lebih sodap lah katakan. :)

Terima kasih pada Puan Asma, ibu terchenta, kerana melayan karenah kami masa memasak, Alip BC, adik cold-blooded atas bantuan memintal dan Aiman, si hyper, kerana buat bising dan renungan poyo anda. :B

Ok lah, sampai sini saja. Assalamualaikum dan selamat mlm semua. :)

1 comment: