Tuesday, April 1, 2014

Program Pembersihan Terumbu Karang di Taman Laut Pulau Redang! (part one)


Asssalamualaikum dan hai!

Wahh! lama doe/dorh/doh aku tak update blog :D entri terakhir Disember 2012? Jap, nak gelak ni, jap k.

Selepas 5 minit gelak berdekah dekah....

Ok, sambung cerita, yalah, risau korang menyampah pula aku melalut melebih khennzz. Baiklah, tengok kan tajuk entri kali ni, yep, aku terlibat dalam program CSR di bawah subjek universiti. Ada dua program sebenarnya di bawah subjek yang sama, program lagi satu tu aku akan cerita pada entri seterusnya, ok? hihihi



Tajuk program di bawah subjek CSR ni adalah Program Pembersihan Terumbu Karang Di Pulau Redang, Terengganu. Aku pertama kali dengo pun dah teruja kot! Scuba, terumbu karang, Pulau Redang, terengganu....Heavennya tu! Ketua program ni adalah Hazim (dalam gambo) salah sorang ahli cohort aku sebab dia ada link dengan jurulatih di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ni. Setelah berbincang dengan pensyarah subjek ni, iaitu Encik Prof. Zaidi, bajet utk program ni adalah rm6k. herrmmmmm 6 ribu hermmm :') (dalam hati dah bertanya, mana nak dapat sponsor rm6 ribu dalam masa sebulan ni?)

Well, apa apa pun,aku taknak cerita cemana, sebab tu tak penting! kakakakaka

So, hari Ahad bersamaan 2hb Mac, aku, Dila, Jiha, Saini dan admin Fakulti Pendidikan & Sains Sosial Unisel, en. Azrul telah bergerak menuju ke Terengganu dari Unisel sekitar jam 10 pagi. Perjalanan kitaorg memakan masa 12 jam. Setibanya kami di Kuala Terengganu, Hazim mengiringi kami menuju ke homestay yang dia telah tempah utk kami bermalam semalaman sebelum pergi ke Pulau Redang keesokkannya. Homestay kitaorg tu dekat je dengan jeti Shahbandar, boleh naik bot kecil menuju ke Jeti Shahbandar dalam 5 minit. Tapi disebabkan parking kereta di Jeti Shahbandar lebih selamat, kami memutuskan lebih elok lah pergi jeti tu, pahtu parking keta sana. Selamat pun selamat. 


Pada hari Isnin esoknya, sampai jak di Jeti Shahbandar, pung pang pung pang, beli tiket apa ntah semua tu, kitaorg bergerak ke Pulau Redang. Penginapan selama 3 hari dua malam di sana adalah di Pusat Kokurikulum dan chalet Taman Laut Pulau Redang. Disebabkan kami menggunakan jurulatih-jurulatih dari Pusat Kokurikulum JPNT, so, dapatlah stay di perumahan dlm kawasan Pusat Kokurikulum cawangan Pulau Redang tu, siap dengan 6 kali makan dalam sehari uolls. :D

i know takda kena mengena, but i like this what!

Opss, otw nak gi water confidence!
Hari Selasa tu, kitaorg mulakan sesi water confidence utk snorkeling dan scuba. Kitaorg buat sesi tu di Pantai Teluk Dalam, di Pulau Redang, sebab kawasan perairannya yang sangat tenang dan agak terpencil. Di kawasan Pantai Teluk Dalam tu, ada sebuah hotel 5 bintang, nama dia D'Taras, u know. Camgampang satu malam boleh cecah rm1k. ermmmkayyyyy kkkkk. Boleh lah yang nak honeymoon tuuuuu.

Pantai Teluk Dalam gagagagah!
Jiha, Dila dan aku!
naik keta chalet (dari kiri: Mukriz, Saini dan En. Azrul)
Pantai Teluk Dalam tu SubhanAllah! Lawanyaaa tantek! :') terujanya tengok ya tuhan lawa gilaa!

Sesi taklimat snorkeling dan scuba oleh ketua jurulatih PKK, En. Rosli
Seramai 6 orang jurulatih Pusat Ko.kurikulum Taman Laut telah terlibat dlm program ni. Awesome! Mcm cikgu Rosli ni, dia sangat sangat berani dan jenis adventurous! Bayangkan, jurulatih lain cuma water confidence di gigi pantai, cikgu Rosli ni pula terus bawa aku dan Jiha pergi snorkeling di kawasan laut berkedalaman 10 meter. Siap cikgu Rosli tu menyelam kejap dan bagi tunjuk cara bermain dengan ikan nemo omey omey!

Jiha

Sesi scuba
Dalam sesi skuba, ada beberapa rules yang perlu dipatuhi. Pertama: bila di dalam air, jangan sesekali tarik keluar oxygen hose dari mulut. Kedua: sentiasa dive bersama rakan. Ketiga: jangan sentiasa naik turun naik turun ke permukaan air; untuk mengelakkan dari pening akibat tekanan udara. Keempat: check oxygen level. Kelima: sentiasa jaga water pressure di dalam telinga. Macam gambo Jiha kat bawah ni, dia tengah stabilize water pressure dgn picit hidung dan hembus kan udara melalui telinga. Ini utk mengelakkan gegendang telinga pecah.  

Rule: Always have ur scuba buddy!
Jiha, aku dan Saini

Setiap kali kami naik dari sesi water confidence (tiga kali; snorkeling sekali ,scuba 2 kali) gaya serupa orang kebuluran, lapar, haus, perghhhh! Biskut je kot pun dah rasa nikmat dia lain macam! Dengan badan basah lencun tu, melantak biskut, air sirap yang dah disediakan dalam kereta.. 

Oklah, uolls, nanti iolls sambung part two, sebab malas nak edit lagi, nak sokseh esaimen lagi kena buat kayyy erghhhh

Sebelum tu, preview utk part two entri ni:





1 comment: