Wargh! Esaimen berlambak gila! Tapi, jangan risau melebih-lebih. Ambil masa dari sekarang dan cuba siapkan sedikit demi sedikit esaimen-esaimen satu subjek ke satu subjek. Itu strategi nya.Well, salah satu strategi lah. Lain org, lain cara belajar kan.Mungkin disebabkan aku ambik subjek yang banyak pada sem ni kot, itulah rasa agak kelam kabut sikit. Bukti aku banyak ambil subjek pada sem ni adalah : "Aku masih ingat lagi, hari tu, masa aku buat clearance untuk lunaskan yuran pengajian sem ini, aku sangkakan subjek yang aku ambil sem ni 6 jak. rupanya, 7 subjek termasuk bahasa asing : French. Nda sangka, terbeliak 5 saat mata aku tengok skrin lappy di kauter canseleri yang paparkan maklumat aku. Siap kakak canseleri tolong tunjuk dan kira kan subjek yang aku ambil dgn jari telunjuk dia yang separa-tembam tu. muehehehe.
contoh buku aku pinjam dari org serumah aku |
Yang buat aku agak terkedu bila menghadap esaimen adalah subjek French. Wa cakap sama lu, wa nyesal gak sikit ambik French ni. Dahlah menyebut ayat-ayat satu hal, tulis, pastu buat esaimen dan cakap secara live dlm kelas. wowow wa cakap! Nasib lah tempat aku selalu duduk tu ada 3 org lelaki yang lecturer French aku gelar dorang "3 SETAN " dlm kelas. Bukan lah bermaksud lecturer tu benci pada dorang, cuma dorang tu terlalu bold & blunt (pada pandangan aku) bila dlm kelas. Gamak gila dorang cakap French dgn slang Kelate. Aku nak bayangkan pun susah, dorang bertiga selamba badak men-slang-kan French dgn slang Kelantan. pheww, mmg gelak habis lah kami sekelas, termasuklah lecturer French tu. Setan-setan tu nasiblah tak nakal mcm lelaki lain yg dok kacau perempuan dan perlekehkan bebudak yg poyo mcm aku ni. kalau tak, mmg sesi-bahan-membahan antara 3 setan dengan aku akan terjadi sampai habis sem kedua ni.
Ah! Lupakan seketika tentang esaimen ni. Sekarang kan cuti CNY (Chinese new year) Ketibaan aku di Putrajaya tak disambut seperti selalu nya oleh anty aku, memandangkan dia tengah dlm office hours. Standard lah kan. Aku ditemani rakan serumah yang cun meluncun wa cakap lu; tiba di KL Sentral setelah menaiki KTM Sungai Buloh.
Faten Amirah; yg sebelah kiri anda, ok. |
Akibat keyakinan dan kepandaian tahap membuta, aku telah menaiki bas yg salah di Putrajya Sentral yg akhir nya membuat kan aku sesat. Berhenti di Alamanda, perjalanan yg sepatut nya mengambil masa 5 minit menjadi 1 jam. oh, terima kasih lah peluh-peluh di badan kerana sudi menemani. pheww!
dan tak dilupakan jeng jeng jeng *sila bayangkan drumroll ditepi telinga anda yg comel-loteh itu*
VOUCHER RM200!
yabbadabbaadoo!
taa-dah! |
pedulik hapa aku lambat uplod kah, lambat update tentang baucar ni kah, yg penting aku dah dapat dan aku belum ; aku belum membelanjakan walau sekeping pun baucer tersebut. dan YES! MPH sedang dlm pesta jualan murah mereka! Woohoo!
ON BOOKS! |
wargh! nak angkat, tapi ada hikmah kot kenapa aku kekurangan duit masa nak beli tu. hehehehe.
Kalau beli, kena belajar lagi cara guna; kalau dah fed-up guna, boleh jadi koleksi antik giteww!
RM60; 2nd hand item. case. yashica FX-3 |
oklah, entri kali ni agak panjang. hewhewhew. Apa-apa pun, GONG XI FA CAI ataupun KONG HEI FATT CHOY! kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina. Semoga tahun ini akan bawa ong pada anda dan kiamat tak jadi pada tarikh yg diramalkan. huahuahua.
Jika tuan/puan ingin memberikan angpau kepada saya, sila hantarkan no telefon anda di emel saya ini; aiffahbadron@yahoo.com. saya bersedia untuk memberi sebarang bantuan ASAP bagi melancarkan segala urusan pemberian angpau tersebut. Angpau hendaklah berjumlah sekitar rm100. Terima kasih. Pesanan ringkas ini dibawakan kepada anda oleh Siti Norzeerah. *formal sikit. ini pesanan serius gempak. aku serius*