HAHAHAHAHA *sila bayang kan aku tengah ketawakan diri sendiri sekarang dalam bilik hostel aku*
Tadi kata nak tidur dah tapi, entah bila dah usha-usha foto, boleh pulak terdetik nak update entri baru lagi sekarang. Walaupun hakikat nya aku tengah dalam keadaan mata sembap akibat kepenatan meredah balik ke Unisel ni sambil mengangkut barang-barang dengan gaya-ala-gorilla. ehem. Semasa merayap di kota raya ni, masa diselitkan dengan aktiviti aku gelar "Percubaan Haprak". Foto-foto berikut kira percubaan baru aku dalam mendalami dunia fotografi digital. Yalah, lomo sikit, polaroid sikit dan digital sikit, dikit-dikit jak lah. bak kata seorang kawan aku, "Baru nak urban".
-_____-
testing? |
bengap aku ni. |
kibaran bendera yang tak secool foto atas (bagi akulah) |
stesen LRT Masjid Jamek |
orang bagai semut kerumun gula: Sogo |
ni kah masjid India nama nya tu? siapa tahu, sila kontek saya. |
langit, subjek dah cantik. si tukang foto? -________- |
Arakian lah foto-foto yang aku SANGGUP muat naik untuk percubaan haprak ni.Aku nak berguru dengan beberapa orang sifu-sifu yang aku kenal. Tapi kalau dorang tu sudi lah. *orang-cantik-hensem-dan-baik-budi-mestilah-sudi-nak-ajar-aku!*
Aku dah mengantuk dan kepenatan gaban.
Selamat Malam semua.
Mari melelapkan mata di hostel "terchenta" ni.
-______-
No comments:
Post a Comment