Monday, January 2, 2012

2012 eh?

Ohoi! Nda sangka dah tahun 2012, ek?pfft! Sama jak lah, buat apa nak sambut tahun baru, kalau azam tu hangat-hangat tahi ayam. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman *aku mengaku* tapi, TAPI! sangat mustahil aku saja yang orang-buat-azam-tapi-malas-nak-laksanakan. *jeling maut* Sepanjang 3 hari bermula dari Jumaat lepas di Putrajaya, aku belajar banyak hal baru. Antara nya:

1)Menaiki transit ke Putrajaya Sentral.
2)Berjalan-jalan di kawasan masjid India.
3)Window shopping di Sogo.
4)Hafal jalan di Kuala Lumpur ni.
5)Hafal jalan di Putrajaya.
6)Naik bas NadiPutra balik rumah makcik.

Mungkin bagi remaja sebaya aku *sila perasan diri anda sebaya dengan saya* hal ni mungkin teramat mudah dan "hek eleh!" Tapi, kenalah ingat dan faham, aku ni budak asal Tawau, Sabah. Nak membiasakan diri dan mengetahui jalan-jalan di KL ni bukan mudah, dan aku mengaku kadang-kadang buat aku jengkel. Kelebihan di KL ni adalah kemudahan LRT, Monorel, KTM dan bas-bas Rapid yang sangat-sangat memudah kan urusan aku kalau nak ke mana-mana. ngeh ngeh ngeh. Tabik pada RapidKL!

photo credit to redribbonboutique.blogspot.com  

Sambutan tahun baru (2012) aku yang pertama di Selangor ni adalah di padang berdekatan Masjid Sultan Salahudin Abdul Shah. Pergi tu pun sebab makcik tercinta aku nak sangat tengok Ustaz Azhar Idrus yang tengah meletup-letup tu. Kira sambutan jugak lah sebab penonton pada malam tu di anggar kan lebih 70k orang. Fuyooo di situ! -____-

Ni kira bukti lah. Gadis sebelah kanan tu manis gilerr!
oklah, malam ni memang aku takda mood nak berceloteh lebih, bila letih datang menggoda ni, tilam dan bantal dah menyapa-nyapa. Maka, eden nak tido lah kira nya. 



1 comment:

  1. eh eh kite sambut new year kat tmpt yg same rupenyew....hihih

    ReplyDelete