Sila dengar lagu "Kampus Kemarau" tika membaca entri ini. |
*Yeah. ketawalah kalau nak. aku tak tengok pun.* Serius. aku serius. cita-cita yang paling aku tak boleh lupakan. Cita-cita jadi peguam dan pensyarah masa kecil-polos pun tak mampu menandingi cinta-cita yang satu ni.
Dan aku dah tekad kan untuk menyemai kembali rasa cinta-cita tu. Aku dah mula melakar perancangan jangka panjang untuk menjadi seorang veterinar psychologist.Tidak pun, menjadi pembantu pemerhati tingkah laku haiwan. Yang penting, ada kaitan kuat antara psikologi dan penjagaan haiwan. Tapi ini cuma perancangan, lagipun, aku kena ambil diploma atau degree dalam bidang medic sekiranya aku serius nak pursue menjadi frontwoman dalam veterinar *which means bukan pembantu.
Tapi bila aku fikirkan logik nya, aku berkemungkinan besar akan grad dalam psikologi, bermaksud lebih molek kiranya aku menggabungkan kursus pengajian dengan minat aku terhadap haiwan. Lebih relevan dan tidak sia-sia aku memilih jerumus dalam bidang psikologi ni. Persoalan besar di sini adalah, aku terpaksa bersedia dari segi kewangan dan mental untuk belajar di luar negara memandangkan kebanyakan post-graduate yang ditawarkan dalam bidang vet-psycho adalah di luar negara. Aku mempertimbangkan post-grad yang ada ditawarkan di dalam negara, namun, sekiranya belum mendapat apa-apa info kukuh akan pengajian tersebut, pilihan pertama adalah luar negara. Aku harap segala perancangan ini akan berjalan lancar dan menjadi. Aku tak mahu cinta-cita ni terkubur sekali lagi. Aku mempelajari minat boleh menjadi potensi dan pendorong besar dalam kerjaya seseorang. *Well, yang aku fahamlah berdasarkan prinsipal pengurusan dalam teori keperluan Maslow tika kelas Puan Hasbi.*
Ohya, terima kasih kepada Sis Shalini sebab sudi menjawab persoalan dan bagi web vet careers. Amat berguna sekali.
Masuk dlm senarai Me-want-to-pet-this!
photo credit: Dave Watts (NatGeo) |
Tadaa! Platypus! |
Dan kepada seorang kawan, kami sedar kesulitan yang dialami, jangan sangka kami endahkan saja.
begini rasa tengok tingkah kau sekarang, tahu? |
No comments:
Post a Comment