Jam 10:16 pagi. Hari Sabtu dan seperti biasa nya lengang di hostel kampus aku ni. Pagi yg sepatutnya dimulakan dgn sarapan normal dan senaman, aku gantikan dgn menelaah kembali buku Cekik tulisan Ridhwan Saidi di atas tilam. Aku gunakan terma menelaah kerana sesungguhnya pembacaan buku ni telah aku habiskan sekitar jam 1.45 pagi tadi (menjadi hal terakhir sebelum tidur), yang mana pada masa tersebut logik aku masih tidak dapat menerima penceritaan Ridhwan pada novel ni. Ketika menulis entri ini juga kepala aku masih pening; selakan demi selakan semula membuatkan otak aku mempersoalkan fatamorgana yang dihasilkan oleh Ridhwan. Mengapa aku katakan fatamorgana? Kandungan buku ini akan menyentap pandangan awal anda bahawa buku ini cuma novel urban biasa utk dibaca. Penuh dgn trick-trick yg mana pembaca sendiri akn berkata dlm hati
"Ridhwan, what the f**k are you thinking?"
Serius, buku Cekik ini mengubah persepsi aku akan kegeniusan penulis urban Malaysia.
Aku disambut dgn sepatah ayat comel dari penulis
"I secretly have a desire to cuddle my reader." yg membikin aku spontan tersenyum simpul di tepi katil sendiri. Aduh,
unconscious desire Ridhwan ini membuat hati perempuan aku bergetar apalagi penulis sememang nya seorang yg memiliki rupa paras yg bagi aku sedap mata memandang. Ops, nasib lah penulis sudah pun mempunyai teman
special, dan aku ni muslimah, tak boleh lew
cuddle-cuddle nieww! hehehehe.
Watak-watak Cekik bagi aku :
Warith: watak utama cerita. berusia 16 tahun pada 2020. Seorang yang introvert (bagi aku) kerana dibesarkan dgn cara dikurung oleh bapa sendiri di kawasan rumah. Memiliki rasa ingin bebas seperti remaja lain. Sering menegaskan falsafah diri hidup haruslah sebagai lelaki tulen.
Tok Said: Bapa yang dianggap kandung oleh Warith, tapi disalah anggap sebagai bapa angkat Warith oleh Detektif Anton, dan kemudian disahkan bapa kandung Warith oleh mak Warith. (kompleks bukan?) Tok imam di Kampung. Bernafsu songsang walhal berdiri atas nama Imam Kampung.
Suria: Teman wanita kepada Warith, berusia 32 tahun.Pensyarah di salah satu universiti swasta. Suka dipanggil Mak ketika melakukan senggama.
Seorang pedobear? Turut mengurung Warith di apartment nya namun Warith tidak merasakan ianya satu seksaan batin mahupun zahir.
Anton/Anthony: Seorang detektif yg menyiasat kes pembunuhan Tok Said. Kawan lama Suria. Cinta pertama nya adalah Suria,namun berjodoh pula dgn Nora. digambarkan fizikal sbgai Cina. yg penting bukan Islam dan bukan Melayu.
Nora: Antara watak kecil. (Teman wanita? isteri?jodoh?) kepada Anton. Rakan sekerja dlm kes menyiasat kes homosid Tok Said, bapa Warith.
.
Zaid: Watak kecil yg disalah anggap tiada kaitan dgn kes, namun kisah lama terbongkar jua. Lelaki yg merogol Suria semasa Suria bercuti.
Mak: Emak kepada Warith yg hanya disahkan wataknya bila Detektif Anton menyiasat akan latar belakang Warith dan Tok Said.
Beberapa grafik lucu dlm novel ini.
Pengaruh dalam Cekik bagi aku:
Lagu Decorate oleh Yuna : Mungkin cuma salah satu ekspresi penulis sebagai kesukaannya pada lagu ni. Jika anda perasan, hanya lagu ini disemadikan dlm novel ini; adegan memasak maggi, dan dlm Vitara putih milik Suria ketika mereka berangkat ke kampung.
Penggunaan I : Permulaan kita disogok dgn ganti diri aku dan saya, namun watak Detektif Anton mengejutkan aku bila menggunakan I utk merefer pd dirinya, kemungkinan besar utk memperkuat stigma "bukan Melayu" bagi watak nya, memandangkan Anton merupakan org Cina. Hal ni mungkin kecil, tapi bila terbiasa, aku nda expect kata nama ni akan timbul. Sekali lagi, ini cuma pandangan aku.
Fesyen dan Majalah Glam : Oh la la! Aku nda sangka bahawa Ridhwan seorang yg teliti dlm mempersembahkan kepada pembaca mengenai fesyen dan pemakaian yg dipakai setiap watak. Watak Warith dan Suria khususnya merupakan watak yg amat-amat diberi perhatian akan dressing oleh penulis. Aku mengagak ini untuk mengaitkan akan kesukaan Warith pada Majalah fesyen Malaysia, Glam. Contohnya, pemakaian Suria dlm babak Vitara Putih miliknya,; "
kelihatan Suria duduk di sebelah kiri memakai kemeja sutera krep warna hitam, jaket hitam diperbuat daripada bulu biri-biri, selendang sifon warna hitam terlilit pada lehernya dan sepasang kasut Oxford vintaj warna merah kundang." demmit. aku cemburu pada fesyen Suria! hahahaha. Malah, penulis turut menghidangkan pembaca dengan trend sekarang, bertudung ala-ala artis. Pengetahuan Ridhwan akan jenis-jenis tudung yang dipopularkan artis-artis di Malaysia seperti tudung Yuna, tudung Siti, tudung Farah Adeeba, tudung Waheeda dan sebagai nya lagi membuatkan aku tergelak dan berkerut kening di atas katil.
Nama organ-organ seks: Seperti dijangkakan, (aku baca Amerika dulu baru Cekik ni), Ridhwan banyak memberikan pembaca bayangan adegan seks dlm buku ini. Tidak seperti penulis Malaysia yg skeptikal, Ridhwan menggunakan nama organ-organ seks yg kerap disebut oleh masyarakat kita sendiri. Contohnya, punai, kotek, puki, puting dan lu-fikirla-sendiri. Tiada tapisan bukan bermaksud penulis kurang ajar, namun bagi aku, tiada tabunya utk menggunakan nama-nama ini dl novel, kerana ini memang realiti society pun, kan.
Seks luar tabii : Pembaca diselerakan sepanjang novel dgn seks luar nikah, hubungan pedophile dan budak bawah umur, dan hubungan kelamin lelaki-dgn-lelaki. Aku yakin hubungan antara lelaki sesama lelaki ini merupakan punca utama kematian/pembunuhanTok Said, bilamana pembaca akan mengetahui akan sifat hitam bapa Warith ini. Pokoknya, elemen hubungan lelaki sejenis ini merupakan tunjang utama gerak cerita novel. Yang membuat aku kagum, adalah, hubungan si pedoplhile bermuka suci : Suria dgn Warith, yg mana novel-novel Malaysia jarang sekali mengetengahkan secara kerap hubungan luar tabii ini. Aku turut berfikir, jika hubungan seks tersebut direlakan oleh kedua-dua pasangan, adalah hubungan tersebut di dianggap luar tabii pasangan oleh tersebut? Apa yg diklasifikasikan luar norma oleh org lain, mungkin besar normal bagi org lainnya. Ridhwan Saidi, ini yg cuba anda tempelak ke muka pembaca remaja? Atau mungkin saja aku yg terlalu berkira? Entah lah.
Watak-imprint-watak : Merupakan elemen penting yg membuatkan aku mengklasifikasikan Cekik sebagai "fatamorgana-realiti-watak". Mudahnya aku jelaskan, Ridhwan bijak menggunakan watak lain utk mengekspresikan pemikiran dan perasaan watak lainnya. Contoh terbaik; perbualan bola sepak antara Suria dan Anton yg sebenarnya dibayangkan oleh Warith dibelakang mereka; bahawa dia sendiri yg berbual tentang Liga Perdana Inggeris dan Liga Itali dgn Anton, bukannya Suria. Yang membuat aku geli hati, adalah imprint watak pemikiran Sue dlm diri budak perempuan kecil ( jika anda perasan) dan watak maggi terhadap kekerdilan manusia di sisi "Tuhan". Ini cuma contoh-contoh kecil, dan otak pembaca akan berdepan dgn banyak lagi simpang-siur fatamorgana-watak ini.
Seriously, Ridhwan, you make my logic exhausted this time around!
Stigma Lelaki Tulen: Jika pembaca menelusuri sepanjang pembacaan, kita dihadapkan dgn apa yg sepatutnya lelaki tulen lakukan, apa yg lelaki tulen harus makan, cara berjalan, cara berbual dan cara berfikir. Ridhwan sekali lagi menampar fikiran pembaca dgn ketulenan dan realiti pemikiran masyarakat skeptikal, terutama di Kampung. Dan aku tidak menafikan hal-hal ini, kerana ini memang berlaku realitinya.
Pengaruh tahun 2018-2020: Aku terbuai dgn ketulenan penceritaan Ridhwan sehingga aku terkesima bilamana susur masa novel ini adalah tahun 2018 & 2020. Hal ini utk mengejutkan kita bahawa di masa hadapan, sifat orthodoks manusia tetap ada. Nafsu, selera dan pandangan masyarakat mungkin tidak berubah walau masa hadapan. Cuma nya, aku rasa hubungan antara budak bawah umur dgn wanita terlebih umur mungkin dibenarkan dlm ruang masa ini, mungkin atas sebab ketidakcekapan pihak berkuasa mengaplikasikan undang-undang. Hubungan Warith dan Suria nampaknya tidak memberi sebarang impak buruk/serius pada pandangan watak sekeliling. Atau mungkin saja Ridhwan malas utk memperkembang/menyuntik elemen panik pada hubungan ini. Biasa saja, zaman ini pn hubungan luar nikah dah berleluasa, ye dak? kuikuikui. Malah, penerapan penulis pada kemungkinan lebih buruk terhadap nasib bahasa Melayu sbagai bahasa kebangsaan di masa hadapan buat aku tergelak kecil. Ridhwan, apa saja di fikiran genius anda semasa menulis novel ini?
Rahsia masa silam: Disini, Ridhwan menyedarkan aku akan betapa manusia masing-masing punya rahsia masa silam dan gelap sendiri. Watak-watak dicipta dan disongsangkan masa silam mereka oleh Ridhwan utk memperkuatkan cerita yg akhirnya menjadikan novel ini bergerak. Pertemuan watak demi watak mendedahkan rahsia silam mereka sendiri. Aku rasa ini merupakan satu lagi elemen "senyap-tapi-mampan" oleh Ridhwan. Bro, kau buat aku tabik!
Penggunaan nama Kampung dan Bandar :Hal ni kecil saja, namun aku perasan akan pendirian Ridhwan utk tidak memberitahu kampung Warith dan bandar Suria dan Warith bertemu. Namun hanya menggunakan nama "Kampung" dan "Bandar". Mungkin Penulis tidak mahu utk menyesakkan lagi kepala pembaca dgn realiti kehidupan atau mungkin saja, dia malas mahu fikir nama tempat bagi novel ini. Apa-apa lah.
Pengaruh seni bina, stigma "Dasar Orang Melayu" dan skeptikal masyarakat : Ahhh! Pembaca disogok dgn fakta-fakta senibina, namun bagi aku, ini cumalah luahan pandangan penulis kerana beberapa tempat seperti "bangunan berlogo M" hanyalah tempat makan fast-food yg aku tak pernah terfikir utk membelek interior mahupun exterior bangunannya. Jika anda meneruskan pembacaan, akan terjumpa dgn kerendahan orang melayu pada susur masa dlm novel ini, mungkin utk mengetuk kepala bangsa sendiri?
Nasiblah aku ni Bumiputera Sabah aka etnik Tidung, ahaks!
Pengaruh pendirian agama : Disini, aku terkesima pabila mengetahui bahawa Warith sebenarnya tidak tahu cara utk solat dan mengambil wuduk, walhal bapa nya merupakan seorang tok imam di Kampung. Malah, terdapat adegan ketika Warith ingin menyampaikan hajat seorang wanita berpurdah
(aku rasa wanita itu malaikat) utk memasukkan duit ke dlm tabung yg terletak dlm sebuah surau/masjid, Warith menganggap tertib takbir sebagai "
mengangkat tangan tanda menyerah". Malah, Ridhwan menulis perlakuan Warith ketika membersihkan becak dan lumpur yang tersalut di badannya ketika terjatuh di tanah perkuburan sebenarnya seperti mengambil wuduk. Apakah disini, penulis ingin menegaskan lagi kejahilan dan kejahatan Tok Said yg mengurung anak nya dan tidak memberikan sebarang ilmu agama agar Warith tidak melawan?
Beberapa bab diberikan nama watak-watak dlm novel ini sendiri; Bapak, Johnny, Suria, Amira, Anton, Nora, Zaid, Warith dan Mak sebagai bab terakhir. Mudah, tak perlu fikir banyak-banyak kot. =)
Ada beberapa elemen dan pengaruh lagi, tapi hanya mampu bagi sampai disini saja, aku rasa utk mendapatkan feel yg aku rasai sekarang, lebih baik dapatkan dan baca buku ni sendiri. Aku berterima kasih pada Wannh sebab akhirnya buku yg aku dok baca review di blog orang lain, aku dah dapat habiskan. Betul-betul buat aku terkesima dan sakit kepala.
|
Nilah penulis buku tuuu. ahaks!
|
Dan jika anda perasan, cover buku ini mengekpresikan sedikit sebanyak beberapa situasi dan elemen-elemen dlm novel ni : mayat yg di terbaring di atas tikar, mati dicekik menggunakan juraian pita VHS. Dan mayat tesebut bukan perempuan, jika diperhatikan, betul-betul, tapi lelaki bergincu. Oh la la! Pandai sungguh menyuntik elemen2 yg sedia ada dlm novel.
Dan bagi pembaca yg inginkan buku yg penuh dgn persoalan realiti, persoalan mentaliti masyarakat dan falsafah diri dan fakta-fakta, diselangi sedikit twist watak-watak cerita, buku sedang ini (bagi aku buku ni agak sedang tebalnya, cepat utk dihabiskan) mampu utk memenuhi selera anda.
Buku ini boleh dibeli secara online di
Fixi. Kalau mahu beli secara tunai-ke-tangan, rajin-rajinkanlah diri anda tu ke event-event kesenian yg berlambak di sekitar Selangor ni. Nda rugi pun pergi event-event yg banyak promosi buku-buku ni semua. Paling senang, ke MPH, Kinokuniya, Popular dan kedai-kedai buku yg jual buku terbitan Fixi ni. Aku yakinkan tidak sia-sia novel Cekik ni masuk dlm koleksi pembacaan anda. =)
Selamat mencari dan membaca novel ini semua!