Jangan tertipu, mood aku ni blm ok lagi. Masih lagi. Belum surut lagi rasa lemas tu. =)
Tapi aku mesti pandai pujuk diri. Mesti. Wajib. Bukan pilihan mahu. Tapi keperluan. Sebab aku ni bakal menjadi psikologis. Mesti tahankan hati. Nda boleh tolerate dgn perangai minor bipolar yg aku suka keluarkan. *sigh*
Baiklah, entri kali ni aku fokuskan lak pada akitiviti outing (eh, outing lagi?) hari Sabtu lepas, tepatnya pada 21/02/2012. Wow! Macam keramat lak aku baca tarikh ni. Kargo terhormat pada hari tu bukanlah tiga dara pingitan, tetapi tiga "gadis idaman" pula. Dan macam biasa classmate lelaki yang turut serta dlm trip ke Broga pun ikut sama. Yalah, org Sabah cakap; champion kalau bawa kereta. hehehehe.
Aku mulakan penceritaan trip kali ni dengan sebab pertama kami keluar pada hari tersebut. Sebenarnya, 2 org dari gadis idaman tu ajak aku ke Midvalley untuk menghabiskan baucer buku yg masih ada. Aku mencadangkan lebih baik sewa kereta setengah hari pada hari Sabtu, dan yep, the rest is history. =)
Destinasi pertama: Midvalley. Tepatnya, MPH Midvalley. Kena habiskan baucer buku yg tinggal RM150 tu lagi. Kalau nda, rugi tau PM luluskan bagi balik cukai tu. auww. Berpusing-pusing, lelah sekejap aku mencari buku penulis HLovate. Aku tengah kumpul koleksi penulis tu. Nasib baiklah, akhirnya ada satu rak penulis buku tu yg aku jumpa. 3 buku; Contengan Jalanan, 5 Tahun 5 Bulan, aA+bB oleh Hlovate dan RM61 terbang ke saku MPH. =)
Penat seketika menunggu karenah kawan-kawan yg sibuk memilih buku mana yang patut dibeli agar baucer buku tak sia-sia. heh! Aku tunggu sambil duduk jak di tangga MPH tu. hewhewhew.
Destinasi pertama: Midvalley. Tepatnya, MPH Midvalley. Kena habiskan baucer buku yg tinggal RM150 tu lagi. Kalau nda, rugi tau PM luluskan bagi balik cukai tu. auww. Berpusing-pusing, lelah sekejap aku mencari buku penulis HLovate. Aku tengah kumpul koleksi penulis tu. Nasib baiklah, akhirnya ada satu rak penulis buku tu yg aku jumpa. 3 buku; Contengan Jalanan, 5 Tahun 5 Bulan, aA+bB oleh Hlovate dan RM61 terbang ke saku MPH. =)
Penat seketika menunggu karenah kawan-kawan yg sibuk memilih buku mana yang patut dibeli agar baucer buku tak sia-sia. heh! Aku tunggu sambil duduk jak di tangga MPH tu. hewhewhew.
Sabar |
Pencarian tak sudah pada Faisal Tehrani . |
"Peng, pinjam pen, nak tulis nama di baucer." |
MPH Midvalley dah tukar tempat tau. |
Kebanyakan kawan-kawan aku cakap, MPH Mid di store baru ni kurang memuaskan dari segi buku yang ada. Aku rasa sebab baru buka balik kot. Mestilah management MPH buat aktiviti masukkan-buku-dlm-kotak-kuarkan-balik-lepas-tu-letak-atas-rak-susun-baik-baik-elok-elok-supaya-customer-boleh-beli-banyak-banyak. Aiyak.
Lepas bergugak-gugak kami menunggu dan kuar dengan buku memasing, menyantaplah di food court; isi perut utk ke Port Dickson (well, kami blm bekfas lagi) Yang lucunya, isu poligami jadi topik utama semasa makan tu. Aku pun kurang jelas dari mana arah mula perbincangan poligami tu. hewhewhew.
Perjalanan ke PD memang lama. Mungkin dgn kelajuan keta tahap highway, masih 2 jam ke sana dari KL. Mau tipis punggung aku duduk diam dlm kereta. nasib juga keta sewa tu cukup besar. Melalui Lukut memang buat hati aku happy, sbb petanda makin dekat dgn pantai.7 bulan nda jejak pantai, nda keruan aku! Yalah, di Tawau tu pantai berbatu dan laut sebelah bandar, mau lepak, mau dating, mau jejalan, mau study group pun boleh. Senang. Jalan kaki dari stesen bas, boleh tengok laut sudah lagi. Pemandangan melintasi Nilai mengujakan aku, sebab aku rasa macam jalan balik ke Merotai. Pemandangan bukit bukau dan ladang kelapa sawit, kepala aku nda bosan menoleh ke luar. Rindu bro!
Aura Tawau *faint seketika* |
Bagi terang sikit. hehehe |
Rasanya tiada apa yang aku boleh ceritakan secara "ayat-berayat" lepas ni. Cuma foto-foto ni yang menjadi penceritaan aktiviti melepas-geram kami petang Sabtu di Port Dickson.
Kenyit-mata-perasan-gojes, tayang Kelabu, jari peace. Triple euwww -____- |
Takut terkaman ombak rindu ni - ulasan |
Cohort 10 Psikologi boleh! |
Model ptg tersebut: :
Pasir di pantai yang menebar, menjentik sanubari, bukan saja kaki.
Ombak berkejar-kejaran, tempias ke pasir, indahnya memori ni..
Akhir kata, jumpa lagi di entri seterusnya. =)
Memang kurang buku pun, sebab tu pindah tempat. Sebab tu ada lelong buku.
ReplyDeleteoh? yalah, terima kasih sbb pembetulan fakta anda tu.
Delete