"Selagi hayat ada, selagi kepala boleh ingat"
-HLovate
Cohort 10 Industrial Psychology yawww! |
Wargh! 4 hari cuti! Kira macam syurga sementara jugalah bagi aku. Isnin cuti sebab ganti cuti umum Maulidur Rasul dan Selasa lak sebab cuti Thaipusam. Selamat menyambut kedua-dua hari ni serentak kepada semua rakyat "Malaisia". Esaimen tetap berlambak seperti biasa. Dua esaimen sudah diselesaikan, (alhamdulillah), ada lebih kurang 8 lagi menunggu. =D Pasrah dan tawakal jak yang mampu aku lakukan bila esaimen sudah dihantar ke tangan lecturer. Kepala pun sudah semakin keliru dgn beberapa "salah faham info esaimen". Harap nya kawan-kawan sekelas tidak menspekulasikan lagi sebarang info kelas. Biasala, si A kata ni, si B kata ni, nanti Lecturer C cakap begini pula akhirnya. Mau melayang juga kertas ke langit bila fikir balik panas hati masa tu. Tapi, yalah, kan sudah bergelar "universiti student" (puih) mana boleh selalu tunjuk bebal depan lecturer. Sabo jela no. Bila di sem kedua ni, rasa semangat mau siapkan esaimen pun macam berkobar sudah sikit. Mungkin sebab pengajaran di sem satu menjadi dan melekat di otak, jadi siapkan lah "esaimen anda sebelum lecturer datang meminta!" >-<
Ketika menulis entri ni,aku sebenarnya masih dlm keadaan kepenatan sebab baru jak habis melepakkan diri dgn geng "tiga dara pingitan" dari warung. 4 hari sedikit sebanyak mengingatkan aku pada "kesiuman" masa SPM dulu. Kebebasan berekspresi pada sekeliling. Gelak hibur kawan-kawan yang tak habis-habis. Benar kata HLovate "Tiada yang boleh lawan zaman sekolah. Selagi hayat ada, selagi kepala boleh ingat". Borak kosong dan santai, ketawa, buat lawak, berkongsi rasa, mempersoal keberadaan "passer-by",dan ketawa berdekah lagi, nikmat dunia berkawan. Indah, indah!
Misi "tukar course ke Fakulti Kejuruteraan"! |
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa anggap hidup ni ada indahnya, ada serinya, ada tawa yang tak sudah, bahwa berkawan itu tak perlu kau mahu banyak fikir, terima sesiapa apa adanya. yeah!
Jangan lah terlalu sesakkan kepala anda dengan memikirkan kekurangan dan masalah anda yang dah tahu nda akan habis sampai ke mati pun. "Rilek lu, chill". Perkara biasa yang orang selalu cakap pada aku, walhal orang-orang yg mengatakan ayat-ayat tu rupanya lagi cepat touching; terasa dan bersedih dgn kehidupan mereka.
Ayat aku kepada mereka-mereka ni cuma satu:
"Dunia tak berputar utk anda. Matahari tak bersinar utk anda. Selamat datang ke alam realiti."
Brace yourself.
=)
Selamat malam semua!
No comments:
Post a Comment