Monday, February 20, 2012

K.O.T

Broga-tasi.

Hai, semua. Hai, hai, dan hai. Sebenarnya entri kali ni diselubungi dgn perasaan malas dan "lemas". "Lemas?" Ya, lemas dgn simptom depresi yg makin menunjukkan sifatnya. Sah! Depresi aku kembali. Tapi, berdasarkan kajian yg aku dah baca (standardlah, aku kan pelajar psikologi), depresi aku ni bukanlah "depresi" sangat sebenarnya pun, cuma tekanan dan konflik dalaman yg ringan. 

Oklah, entri kali ni cuma salah satu daripada entri yg aku cuba usahakan utk update dlm minggu ni, memandangkan entri review filem "The Viral Factor", filem "Where the Wild Things Are" dan buku "Kelabu" masih dlm pembikinan. Tapi, kemalasan yg datang selalu berjaya memujuk aku utk menepis menyiapkan entri-entri tu semua. Ah! Itu semua boleh tunggu. Bila-bila boleh, bila aku dah dapat balik mood. Bila esaimen-esaimen dah siap. Mungkin,tunggu jakla kan. 

Ahad lepas, tepatnya, 12/2/2012, kembara aku bersama "tiga dara pingitan" dan sorang classmate lelaki menambah ke-AWESOME-an dlm memori hidup aku. Plan trip outing tak rasmi : sewa keta setengah hari, melanguk di Curve dan mendaki Broga petang nya. Dan YES! Plan yg tak rasmi tu dah jadi RASMI dgn jayanya! Biasalah,semua janji nak keluar pukul 10 pagi, alih-alih, keluar dari kawasan kampus sekitar jam 11 pagi. hahahaha. Menunggu salah sorang dari "dara pingitan" yg baru balik ke hostel pada masa kami nak jalan tu. Kereta sewa yg disewa mmg murah sbb badan radio yg cuma jadi hiasan interior dlm keta tu. Tahniah lah pada tuan punya kereta sewa tu, anda tak padan sungguh dgn title "perempuan" dlm bab jaga kereta tu. Aku rasa keta macam mau tercabut semuanya. Kemungkinan utk bumbung keta tu tercabut pun ada. *geleng kepala.

Trip to Curve? How can I say this? It went smoothly. Thanks Allah! Trafik jam ndada, itu sebabnya. =) Pertama kali jejak ke Curve, mcm biasa, perasaan aku biasa jak. Tiada rasa kagum sangat bila dah di IKEA. Yang aku fikirkan adalah "Bila agaknya Tawau akan ada gedung IKEA macam ni?" Luas, nyaman, barang yg menarik, tapi mcm mall yg lainnya, penuh dan sesak dgn manusia. Antara hal yg aku rasa lucu di Curve adalah momen kami berlima dok tercongok menunggu satu famili Melayu habis makan di McD utk dapatkan tempat yg cukup luas utk makan. Sekalinya, bebudak lelaki yg kami sangkakan lama melepak tu akhirnya yg jadi penyelamat kami. Pastu, bila dah duduk, banyak lak tempat masa tu jadi kosong, tapi malas pula mau tukar tempat lagi. jawabnya, terperuklah kami makan di satu sudut. Bila dah selesai menjadi remaja "window shopping" di mall ni, kami pun meneruskan misi utk ke Semenyih, atau tepatnya ke Broga lepas tu. Wei, wei, wei! Siap dah pack baju & seluar extra, kasut sukan dan air mineral dalam beg ni weh! hahahaha.


Sesat sebentar dekat KTM Kuala Lumpur

"foto pertama" Sultan Abdul Samad.

Perjalanan ke Semenyih di Seremban, Negeri Sembilan agak memeningkan disebabkan ketidaktahuan kami utk ke sana. Dan BB salah seorang pun menjadi navigator akhirnya. Mungkin disbbkn kepenatan dan kebosanan (radio takda) dua org kawan tertidur sekejap dlm perjalanan. mungkin dlm 1 jam lebih perjalanan dari KL ke Semenyih, ni yg aku agaklah. Pemandangan? Biasa saja. Nda ada yg menarik bagi aku. Nampak papan tanda Taman Tasik Semenyih dan Broga lagi mengujakan aku berbanding pemandangan sepanjang perjalanan ke sana. =)

Pastikan lalu tempat ni

TU DIAA!
Exercise-tiada-turutan aka menggeliat
Sampai di bawah Broga sekitar 4.30 ptg, kawasan parking yg selalunya penuh pada waktu pagi telah lengang. Nampak sngat org lebih suka naik Broga utk tengok sunriseee. Sebenarnya ni dah kali kedua aku ke Broga, jadi aku mcm jadi pemandu-arah-x-rasmi bagi team kami hari tu. hehehehek. Perjalanan ke atas agak tricky, sbb perdakian yg menaik secara perlahan-lahan, landai, dan tiba-tiba curam. Yg aku tak boleh lupakan, adalah apabila aku melihat muka keempat-empat mereka (aku di hadapan sekali) bilamana melihat puncak pertama Broga setelah diselubungi lalang. Pergh! Bersinar-sinar mata tu. Terukir senyuman semua, & aku tak terkecuali.  =)

Muka nampak puncak!

omo, omo, omo! 

Curam, ada tali disediakan.

Nak kalahkan Mudzaffar gak!
dan akhir nya, tepat jam 6 ptg, kami berlima pun berjaya sampai di puncak! Bermacam dugaan yg kami hadapi sepanjang perjalanan walaupun pendakian sebenarnya tak susah sangat. Dgn sakit perut, kekurangan air mineral, panas ptg hari, kerisauan balik lambat dan kepenatan, semua diatasi dgn "TeamWork". Memang semangat kekawanan tu bertambah erat bilamasa kami saling tak meninggalkan antara satu sama lain walaupun ada yg dah nak giveup. Macam mimpi pun ada bila sampai di puncak dgn kawan-kawan this time around. Bagi aku, it`s FREAKIN AWESOME!



Terima kasih utk tambahan memori dlm hidup aku! Terima kasih! Ada ruang dan bajet, hendaklah kiranya semua ahli Cohort 10 Baccalaureate of Industrial Psychology Unisel menjejak kaki bersama. Harapan kami berlima. Mudahan. Aku pun teringin untuk membawa seorang kawan, Nay tepat nya, sekiranya aku akan naik lagi bukit ni. Insya Allah. Amin.

Sekitar jam 7.30 mlm , kami terpaksa bergegas pulang sbb kesuntukan masa, jalan yg curam dan berkelikir, ditambah lagi dgn angin kuat yg melanda puncak secara tiba-tiba dan berterusan selama sejam, membuatkan perjalanan turun kami mencabar. memandangkan kami naik bukit ini pada waktu ptg,alan tak sesak sepertimana pagi, cuaca sejuk dan tidak panas. Ideal bagi yg ingin berlama-lama di puncak, berbanding mereka yg naik di waktu pagi hanya utk melihat sunrise. =)

Yang lucunya, dlm perjalanan balik, sekitar melepasi Semenyih, tanpa kami sedari, bonet kereta terbuka dan kami bertiga di belakang langsung nda sedar sampailah pemandu kereta belakang hon kami berkali-kali. Sentap muka mak jemah, u all know? alahai, gugur jantung sekejap bila menoleh belakang, bonet jadi tingkap besar!

Bila balik bilik dah, semangat utk mendengar kembali lagu-lagu band Sheila On 7 membuak-buak. Dan lagu "Sahabat Sejati" buat aku terkenang segala memori yang tercipta di sana. Memang, hidup dikelilingi kawan-kawan buat kita bahagia. Buat kita gembira. Bagai dunia, masa muda dan kita saja yg wujud. Macam celaka ayat aku, tapi hakikat bila kau tempuhi perkara seindah ini dgn kawan-kawan jadi pendorong, serius, rasa syukur tu tetap ada bila mereka di sisi.

Dan sebenarnya, yang buat aku tak boleh lupa bukan lah sbb keindahan Broga tu sendiri, tapi semangat "TeamWork" yg aku rindui semenjak zaman SPM dulu. Zaman remaja bingai, hektik dan segala macam ragam yg buat aku ketawa.

Macam mimpi, tapi tetap realiti. :')

Ohya, keindahan Broga.





dah mcm gua hidu ketiak lak. celakeww.


 Jumpa lagi, Broga. Jumpa lagi. =)

P/S: Kenapa entri aku namakan K.O.T? "Kawan. Outing. TeamWork."

No comments:

Post a Comment