Februari. Yang orang gelar "Bulan Cinta" tu. opps! jangan salah sangka, aku bukan menyokong, mahupun, membangkang statement tu. Bagi aku, dgn membangkang dan mempersoalkan berkali-kali sambutan Bulan Cinta ni dah menunjukkan yg orang-orang tersebut memang ternanti-nanti bulan Februari ni. Alah, buat tak kisah sudah, dulu, masa kecil tak pula kau mau pedulikan utk bangkang-bangkang sambutan Valentine`s Day ni. Pandangan sendiri terpulang lah kan pada diri sendiri, tapi kalau dah keterlaluan sampai kaitkan bulan Februari ni dengan Iluminati dan Freemason, Yahudi dan org kafir, aku rasa orang-orang tersebut yg terlalu takjub dgn kekuatan Yahudi. yalah, sikit-sikit mau persoalkan akan "jarum halus" Amerika. Sedarlah, bahawa Islam ni tidak terlalu lemah macam yang disangkakan. Dan aku tahu, sedar, bila aku cakap macam ni, akan berkatalah orang-orang tersebut ;" eleh, kau jarang solat, serupa orang kafir juga." Ya, sedikit sebanyak itu pun apa yang hati aku tempelak pada aku sebenarnya. Maka, bukankah sudah dikatakan, Dajal itu muncul nya sebagai seorang yang mengaku ulama, ustaz, dan orang warak. Bila banyak yang mempercayainya, Dajal akan mengaku dirinya pula sebagai nabi Isa dan Imam Mahdi. Maka, sebaiknya persoalkan dulu akan kredibiliti orang-orang warak di Malaysia ni. Bila tergolong dalam orang-orang yang suka disuap, malas mempersoalkan huku-hukum agama, apa saja yang orang-orang warak dan bijak pandai katakan, dituruti. Hmm, bukankah itu boleh menjerumus kepada merosakkan akidah? Apabaila ada yag salah sangka bahawa aku ni tidak mempercayai ulama, mufti dan si bijak pandai dalam soal agama ni, aku rasa mahu ketawa, sebab hakikat memang susah ditafsir dengan mata kasar manusia, apatah lagi bila banyak pandangan stereotaip terhadap gadis mcm aku. Aku tetap berpegang pada kata-kata yang ulama usulkan, sebab niat itu menentukan pahala dan dosa kita. Aku tetap percaya, ulama yang bersih hatinya dan betul niatnya, teguh cinta nya pada Allah SWT, mudahan akan mampu membimbing aku dan semua Muslim. Disebarkan Islam atas filsuf yang tegar, dengan pandangan yang menunjukkan bahawa Islam itu jalan hidup, jalan perubahan, jalan kecintaan, jalan yang tempelak kita di muka bahwa akhir zaman dan "apocalypse" itu ada, balasan dunia dan akhirat akan terlaksana. Insya-allah. Aku mahu berubah. Macam anty aku pesan pada aku; "nda payah tunggu hidayah tu datang, benda wajib tetap kena buat. Kalau mau tunggu, sampai kau tua belum tentu datang"
(Baca di atas kalau mahu dan sanggup)
Wow! Serius, aku nda sangka aku mampu utk keluarkan "artikel" di atas tu. Kalau ada silap dan salah, sila betulkan. hehehehe. itu cuma pandangan aku terhadap situasi yang aku dah terlalu kerap jumpa. Asal masuk bulan Februari jak, mulalah ada suara gedik (e.g "awww! tak lama lagi 14 Februari! tak sabar nak bagi coklat pada teeeet. seronoknyewww!") dan suara sumbang (e.g " hmph! tengoklah tu, gedik! tak sabar nak sambut Valentine`s Day lah tu! tak tahu ke tu utk orang kafir je yg sambut! Bodoh!") yang akan menyapa telinga aku. Dah biasa pun bagi aku. Setiap tahun akan dengar hal yang sama bila tiba bulan Februari nieww. Itulah kelebihan jadi orang yang berdiri atas pagar ni, tak perlu nak bisingkan keadaan dgn pertelingkahan yg nda habis-habis. =) senyum, tak perlu kata apa-apa.
Photobombing berjaya!
|
cinta sejati x kisah tarikh 14 Feb tu puin |
Oh ya! Dialog-dialog tu memang ada kena mengena dgn yang hidup mahupun yang mati. Admit it. You`ve heard it tons of time, rite?
|
cinta pada diri sendiri lagi better! =) |
No comments:
Post a Comment