Thursday, December 29, 2011

senyum, terus kan senyum.

ehem.
=)
terasa nak senyum terus bila terfikir apa yang saya hampir nak buat tadi.
=)


oh ya! nasib baiklah cucur udang dan sambal sardin tu saya dapat bawa kan untuk kawan sekelas semua!

Perbincangan agak intense juga dalam kelas selepas kelas bersama Madam Angela yang "Just Married" tu.
*woot woot* 
harap nya semua ahli kelas termasuk aku akan saling menjalan kan tugas masing-masing.
dan harap nya lah juga, orang kelas lain yang selama ni diam-diam-endah-tak-endah tu sedar sikit.
=)

Ponat den!

Ponat den baru balik dari warung. Lepak bersama tiga dara terpingit tadi asik juga. Kesempoian mereka memang tak dapat di nafikan. Kadang bagi aku, bila bersama dengan dorang, aku dah tak perlu nak ber-hyper sebab dorang dah cukup utk hidup kan suasana. Jadi, tak heran kalau aku banyak diam jak bila bersama dorang. *nampak janggal aku rasa bila aku jadi pendengar pula* Mungkin kalau ada Do Re Mi versi gadis hostel, dorang boleh jadi ni.

Bila bersama dorang, aku jadi lebih mellow, tak payah nak bertahan dengan lawak sarkastik yang boleh buat aku sakit hati. Rasa poyo tu nda timbul, tapi lebih kepada relaks, nda payah fikir panjang, nda payah mau fikir kan macam mana mau defense self-esteem tu. 
Applause for them, please!

Aku sekarang dengan hairan nya dan agak mengejut kan berada dalam proses melepas kan semua harapan, expectation, kebergantungan dan balasan baik pada orang lain sedikit demi sedikit. Mungkin bagi orang lain, aku nampak biasa dan bergelak-ketawa tu dah jadi norma dan stigma aku, tapi aku lebih lega bila dah mula melepaskan expectation tu. Aku agak lah kan (ni aku agak jak) mungkin aku dah terlalu sakit hati dan meluat aka menyampah sampai aku dah nda mau fikir lagi. Mungkin kot. Dan seriously; aku rasa semakin happy bila aku tak ambil kisah. Aku makin membuka diri. Aku rasa semakin stabil bila dah memilih utk buat keputusan tu. Seriously, selera makan aku dah bertambah *sekarang pun aku dah lapar utk midnight snack.
moi snack, please?
Sejujur nya aku bersyukur sebab aku berani utk mengambil keputusan melepaskan expectation tu dalam minggu ni. Mungkin bagi kawan perempuan berfikir aku ni kejam, sering mempersoalkan dengan berkata "apa yang dia buat salah dengan kau?" Tapi, rasanya bila terpamer keraguan, dan orang lain lebih dipercaya banding apa yang aku cakap, dah membukti kan aku tak sepenting yang aku sangkakan sampai kebenaran aku dipersoal kan. Dan mungkin, ini telah mengesahkan akan tindakan yang sepatutnya aku lakukan. =)

Terima kasih pada insan-insan tersebut. Banyak saya telah belajar sedikit demi sedikit.

Aku tak nafikan juga berita kematian arwah Firdaus Heder yang aku ketahui di Twitter akibat kemalangan 3 hari lepas (kalau tak silap aku lah) sedikit sebanyak mengetuk kepala aku. Entah kenapa; aku auto-fikir, lebih baik aku menikmati kehidupan sekarang daripada berdampingan dengan orang yang membuat aku menyampah, kan.

Takziah kepada keluarga arwah Firdaus Heder.
rasanya tiada apa yang mampu saya katakan lebih lagi.

"Biar kan luncai terjun dengan labu-labunya"
aku jawab
"Luncai tu dah sayang sangat dengan labu-labunya"

eh? terkejut den!

Ok, hostel aku pagi tadi diseluputi kabus. Eh, kabus kah atau jerebu ni? Bangun-bangun, terkejut aku lepas buka tingkap dan jenguk ke luar. Hmmm. *jerebu di selangor ni bahaya lah~

Esok pagi, aku rancang nak masak cucur dan sambal sardin, niat nak bawakan utk orang-orang kelas aku, mudahan niat aku ni tercapai, ngeh ngeh ngeh. Amin~

Tuesday, December 27, 2011

ketagih

Pada masa ni, logik nya dan demi kebaikan alam sejagat aku, aku sepatutnya tengah studi dengan tekun dan tak beralih ke arah alam maya ni atau sewaktu dengannya. tapi, tapi, tapi~nda boleh~ T-T

Memang susah lah nak fokus-sefokus-fokusnya pada studi atas meja ni. Aku dah naik risau gila gaban ni. Esok ada ujian oleh lecturer tomey-alalala-tomey tu. *seriustaktipu, prof tu comel. Bila dah fokus 10 minit, dah faham, mata dan tangan ni ter-ter-eh-ter-menaip di lappy ni. Penangan sungguh alam internet ni! 

Nasiblah petang tadi aku dah tengok video baru Maria Elena bertajuk "Talking about social stuff".
Yeah, sekali lagi sis Maria telah menampar minda belia (sila perasan yang anda tergolong dlm kelompok belia) secara gedik nya. Ahaks! I loikee~

Sememang nya remaja sekarang rata-rata menggunakan jaringan sosial yang pelbagai, memang sangat normal lah jika anda mempunyai lebih dari 3 laman sosial di internet. Paling kurang sekalipun memiliki akaun Facebook dan Twitter. Anda bukan lah seorang remaja normal sekira nya tidak memiliki dua laman sosial ini. Blog merupakan opsyen ketiga selain Tagg dan Tumblr. kankankan~? *batting eyelashes

Aku serius bersetuju dengan adegan "advertisement desperado" gedik dalam video tu, apatah lagi dengan quote "I`ll like your status as long as you like mine! ahaks!"
tak kah amat terlihat di situ akan betapa ada sesetengah yang terlalu bersandarkan laman sosial untuk menjadi popular. 
*hek eleh, macam kawan dalam laman sosial tu boleh pinjam kan mu duit, ye dak?

Main point aku di sini adalah, "tak salah kita meluah kan emosi dalam laman sosial tapi untuk mencari perhatian hanya dengan melike status, stalking, komen bagai nak rak (terutama komen menyakit kan hati) menambah kenalan baru agar-bilangan-kawan-semakin-tinggi., boleh membuat kan laman sosial ni semakin tak selamat dan meluak kan. contoh aku paling tak suka; semua status yang ditulis kena like sampai notification jadi banyak."

Kadang-kadang bila aku lihat sesetengah profile kawan-kawan aku di FB, mereka seolah-olah sedang dalam pertandingan-friend-list-tertinggi. Aku tak nak mencanang di sini, tapi setakat orang nak add aku di laman sosial tu, banyak kira nya, tapi aku tak "approve" sebab aku yakin mereka hanya ingin menambah bilangan kenalan. Lagi pula, selagi aku rasa tak boleh membantu dari segi fizikal dan emosional, tak perlu lah itu semua. Cukup yang kita kenali dan kita mahu kenali dan kenalah bersandarkan niat yang betul. 

Pengakuan: Ketagihan aku pada girlgroup APink menjadi-jadi sampai kan aku dah jadikan lagu tema blog baru aku ni. 


Aku nak salah kan pihak universiti atas WiFi, Mark Zuckerberg atas FB, Youtube atas Apink dgn lagu MY MY tu. 


midnight snack aku, kau ada? hmph!

oklah, kembali ke alam nyata, selamat malam semua!

Monday, December 26, 2011

Sale

ehem. for this entry, i`ll be using english so other people that having difficulty in malay understand this as well.


Announcement!
 I`m intended to sold my Jack Purcell-in association with Converse-sneaker. It`s black, USA size 6 for men, USA 7 for women. very minor scratches and in very mint condition! Never been wash, even the string never been removed from the shoes, so the colour still retain on the canvas (I`ve only brushed the sole) RP : RM 180. Selling price : Rm 150 (hey, this is Jack Purcell basic edition, mann) for postage fee in Malaysia, I`ll pay it. 









Interested? contact me! 0198203217(celcom btw)
ONLY TO SERIOUS AND INTERESTED BUYER.
I don`t mind how your face look like. ngeh ngeh ngeh

Sekali lagi.

Sekali lagi, langkah pertama. ngeh ngeh ngeh. kenapa? lebih santai dong. nda mau campur kan perasaan mellow-gila-gaban yang level 140++ tu. --" Jadi, fokus entri-entri dalam blog ni lebih kepada sisi diri aku yang lebih relaks , berlatar kan kehidupan sebagai seorang remaja dan pelajar universiti. Woot woot! perjalanan sehari-hari di Unisel. selepas melalui beberapa peristiwa yang buat aku hilang harapan seketika, aku tersedar lebih baik aku endah kan sedikit demi sedikit kerisauan di hati dan fokus kepada hidup yang lebih ceria. sekali lagi, woot woot! lagipun, tahun dan masa depan masih menanti aku. Jadi, lebih afdal kita berfikiran positif, aura-aura dalam diri lebih seimbang.

meja belajar aku. kau ada? hmphh!
Time to unleash the Kraken.......
oppss, no, what I mean is-
Time to unleash the carefree side of me. ngeh ngeh ngeh