Sunday, January 22, 2012

Esaimen?

Wargh! Esaimen berlambak gila! Tapi, jangan risau melebih-lebih. Ambil masa dari sekarang dan cuba siapkan sedikit demi sedikit esaimen-esaimen satu subjek ke satu subjek. Itu strategi nya.Well, salah satu strategi lah. Lain org, lain cara belajar kan.Mungkin disebabkan aku ambik subjek yang banyak pada sem ni kot, itulah rasa agak kelam kabut sikit. Bukti aku banyak ambil subjek pada sem ni adalah : "Aku masih ingat lagi, hari tu, masa aku buat clearance untuk lunaskan yuran pengajian sem ini, aku sangkakan subjek yang aku ambil sem ni 6 jak. rupanya, 7 subjek termasuk bahasa asing : French. Nda sangka, terbeliak 5 saat mata aku tengok skrin lappy di kauter canseleri yang paparkan maklumat aku. Siap kakak canseleri tolong tunjuk dan kira kan subjek yang aku ambil dgn jari telunjuk dia yang separa-tembam tu. muehehehe.


contoh buku aku pinjam dari org serumah aku
Yang buat aku agak terkedu bila menghadap esaimen adalah subjek French. Wa cakap sama lu, wa nyesal gak sikit ambik French ni. Dahlah menyebut ayat-ayat satu hal, tulis, pastu buat esaimen dan cakap secara live dlm kelas. wowow wa cakap! Nasib lah tempat aku selalu duduk tu ada 3 org lelaki yang lecturer French aku gelar dorang "3 SETAN " dlm kelas. Bukan lah bermaksud lecturer tu benci pada dorang, cuma dorang tu terlalu bold & blunt (pada pandangan aku) bila dlm kelas. Gamak gila dorang cakap French dgn slang Kelate. Aku nak bayangkan pun susah, dorang bertiga selamba badak men-slang-kan French dgn slang Kelantan. pheww, mmg gelak habis lah kami sekelas, termasuklah lecturer French tu. Setan-setan tu nasiblah tak nakal mcm lelaki lain yg dok kacau perempuan dan perlekehkan bebudak yg poyo mcm aku ni. kalau tak, mmg sesi-bahan-membahan antara 3 setan dengan aku akan terjadi sampai habis sem kedua ni.

Ah! Lupakan seketika tentang esaimen ni. Sekarang kan cuti CNY (Chinese new year) Ketibaan aku di Putrajaya tak disambut seperti selalu nya oleh anty aku, memandangkan dia tengah dlm office hours. Standard lah kan. Aku ditemani rakan serumah yang cun meluncun wa cakap lu; tiba di KL Sentral setelah menaiki KTM Sungai Buloh. 
Faten Amirah; yg sebelah kiri anda, ok.
Akibat keyakinan dan kepandaian tahap membuta, aku telah menaiki bas yg salah di Putrajya Sentral yg akhir nya membuat kan aku sesat. Berhenti di Alamanda, perjalanan yg sepatut nya mengambil masa 5 minit menjadi 1 jam. oh, terima kasih lah peluh-peluh di badan kerana sudi menemani. pheww!

dan tak dilupakan jeng jeng jeng *sila bayangkan drumroll ditepi telinga anda yg comel-loteh itu*
VOUCHER RM200!
yabbadabbaadoo!

taa-dah!
pedulik hapa aku lambat uplod kah, lambat update tentang baucar ni  kah, yg penting aku dah dapat dan aku belum ; aku  belum membelanjakan walau sekeping pun baucer tersebut. dan YES! MPH sedang dlm pesta jualan murah mereka! Woohoo! 
ON BOOKS!
Oh dan tak lupa, tadi  aku baru jak balik dari window shopping di Uptown Serdang, dan terjumpa ni! 
wargh! nak angkat, tapi ada hikmah kot kenapa aku kekurangan duit masa nak beli tu. hehehehe.
Kalau beli, kena belajar lagi cara guna; kalau dah fed-up guna, boleh jadi koleksi antik giteww! 

RM60; 2nd hand item. case. yashica FX-3
oklah, entri kali ni agak panjang. hewhewhew. Apa-apa pun, GONG XI FA CAI ataupun KONG HEI FATT CHOY! kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina. Semoga tahun ini akan bawa ong pada anda dan kiamat tak jadi pada tarikh yg diramalkan. huahuahua. 

Jika tuan/puan ingin memberikan angpau kepada saya, sila hantarkan no telefon anda di emel saya ini; aiffahbadron@yahoo.com. saya bersedia untuk memberi sebarang bantuan ASAP bagi melancarkan segala urusan pemberian angpau tersebut. Angpau hendaklah berjumlah sekitar rm100. Terima kasih. Pesanan ringkas ini dibawakan kepada anda oleh Siti Norzeerah. *formal sikit. ini pesanan serius gempak. aku serius*


Tuesday, January 10, 2012

Mula ku lihat sinar.


Sila dengar lagu "Kampus Kemarau" tika membaca entri ini.
Wah! Wow! Pergh! Dalam minggu ni, panas gila gaban hutan  tempat aku bersenggama dengan ilmu ni. Haba membahang dah naik ke tahap bila-aku-bangun-tidur-bantal-lencun-dek-peluh. euwwww! Ke dobi lah jawab nya mencuci segala harta beradu milik aku tu. Hawa panas-gaban-sampai-goreng-telur-atas-atap-rumah-pun-boleh menyaksikan ketidakpuashatian dan rungutan pelajar menjadi-jadi. Ditambah dengan isu pengurusan universiti yang membuat hati-aku-sakit-otak-konfius-nak-buat-demo-depan-HEP-boleh? memang buat 2 minggu ni mencabar keriangan aku. Dengan assignment yang berlambak, sedikit demi sedikit fahaman silibus pengajian semakin menyedarkan aku betapa serius nya dunia universiti dan jangkaan terhadap alam pekerjaan yang aku harus lalui suatu hari nanti. Mendapat assignment dari Madam Angela mengenai arah tuju kehidupan secara jangka pendek dan jangka panjang (5 tahun akan datang), disusuli dengan soalan "Apakah cita-cita anda?" oleh Puan Nor Hasbi pada sesi kuliah beliau yang pertama buat aku terimbau cita-cita yang dahulu nya tersemat dalam hati aku. 


Veterinar. 

just illustration. *aint that sweet? winkwink
*Yeah. ketawalah kalau nak. aku tak tengok pun.* Serius. aku serius. cita-cita yang paling aku tak boleh lupakan. Cita-cita jadi peguam dan pensyarah masa kecil-polos pun tak mampu menandingi cinta-cita yang satu ni. 

Dan aku dah tekad kan untuk menyemai kembali rasa cinta-cita tu. Aku dah mula melakar perancangan jangka panjang untuk menjadi seorang veterinar psychologist.Tidak pun, menjadi pembantu pemerhati tingkah laku haiwan. Yang penting, ada kaitan kuat antara psikologi dan penjagaan haiwan. Tapi ini cuma perancangan, lagipun, aku kena ambil diploma atau degree dalam bidang medic sekiranya aku serius nak pursue menjadi frontwoman dalam veterinar *which means bukan pembantu.

Tapi bila aku fikirkan logik nya, aku berkemungkinan besar akan grad dalam psikologi, bermaksud lebih molek kiranya aku menggabungkan kursus pengajian dengan minat aku terhadap haiwan. Lebih relevan dan tidak sia-sia aku memilih jerumus dalam bidang psikologi ni. Persoalan besar di sini adalah, aku terpaksa bersedia dari segi kewangan dan mental untuk belajar di luar negara memandangkan kebanyakan post-graduate yang ditawarkan dalam bidang vet-psycho adalah di luar negara. Aku mempertimbangkan post-grad yang ada ditawarkan di dalam negara, namun, sekiranya belum mendapat apa-apa info kukuh akan pengajian tersebut, pilihan pertama adalah luar negara. Aku harap segala perancangan ini akan berjalan lancar dan menjadi. Aku tak mahu cinta-cita ni terkubur sekali lagi. Aku mempelajari minat boleh menjadi potensi dan pendorong besar dalam kerjaya seseorang. *Well, yang aku fahamlah berdasarkan prinsipal pengurusan dalam teori keperluan Maslow tika kelas Puan Hasbi.*


Ohya, terima kasih kepada Sis Shalini sebab sudi menjawab persoalan dan bagi  web vet careers. Amat berguna sekali.

Masuk dlm senarai Me-want-to-pet-this!
photo credit: Dave Watts (NatGeo)
Tadaa! Platypus!
# Masih ingat cita-cita mau jadi peguam batal sebab ibu nasihat kan. =) Rindu ibu dan bapa. Tengok finding Nemo dan The Grinch untuk lepas rindu pada famili di Tawau. 

Dan kepada seorang kawan, kami sedar kesulitan yang dialami, jangan sangka kami endahkan saja.
begini rasa tengok tingkah kau sekarang, tahu?
Akan datang. Lagi sekali.

Tuesday, January 3, 2012

panggilan pengetuk sedar.


Tadi, adik kedua aku yang berada di Johor telefon aku. Selesai berbual dengan dia dan dengar keluhan nya, hati aku tersentuh. Aku nak maki diri sendiri. "Bangang! Bodoh!" Walaupun suara dia diselangi dengan ketawa, tapi aku tahu sekarang ni dia tengah dalam keadaan desperate. Aku macam tersedar. Habis letak dia matikan panggilan, aku terkedu. Aku sedar tindakan buruk aku boleh membuatkan orang-orang yang aku sayang dan ambil peduli akan rasa kecewa sedikit dengan perangai yang aku-tak-sangka-memberikan-kesan-serius. Kwan-kawan aku ada dah tegur, tapi aku sambut dengan ketawa sebab aku betul-betul sangka tak ada salah nya. Kiranya, teguran bersahaja adik aku tu kira "membaling aku ke tingkap realiti". FYI; perangai buruk yang aku maksud kan adalah "mensilentkan telefon bimbit biar dalam apa keadaan sekalipun". 

Nasib baik aku dapat berusaha untuk membantu adik aku tu menyelesaikan masalah yang di hadapi sekarang, dan aku berharap agar masalah tersebut memang dapat diselesaikan secepat mungkin.Kalau boleh malam ni. Kalau tak, memang malam ni malam memaki-diri-sendiri bagi akulah jadi nya.

tidur beralas kain baju berlompok dan buku-buku dah jadi tabiat.
Minta maaf kepada si pemberi pinjam buku itu.
Kepada Zahier, aku minta maaf. Sebab nda dapat bantu kau awal-awal. Memang salah ku. Lepas ni, aku cuba untuk sambut semua panggilan dan balas sms mu. Peace bro! *aku sangat serius ni*
Kepada kawan-kawan yang menegur aku atas sikap aku ni, aku pun minta maaf, aku betul-betul nda sangka kamu akan rasa sedikit terkilan dengan tindakan-luar-sedar aku tu.

Ok lah, selamat malam semua! *sambil main pistol buih di tingkap bilik*

Monday, January 2, 2012

no edit. .-_____-

HAHAHAHAHA *sila bayang kan aku tengah ketawakan diri sendiri sekarang dalam bilik hostel aku*

Tadi kata nak tidur dah tapi, entah bila dah usha-usha foto, boleh pulak terdetik nak update entri baru lagi sekarang. Walaupun hakikat nya aku tengah dalam keadaan mata sembap akibat kepenatan meredah balik ke Unisel ni sambil mengangkut barang-barang dengan gaya-ala-gorilla. ehem. Semasa merayap di kota raya ni, masa diselitkan dengan aktiviti aku gelar "Percubaan Haprak".  Foto-foto berikut kira percubaan baru aku dalam mendalami dunia fotografi digital. Yalah, lomo sikit, polaroid sikit dan digital sikit, dikit-dikit jak lah. bak kata seorang kawan aku, "Baru nak urban".
-_____-

testing?

bengap aku ni.

kibaran bendera yang tak secool foto atas (bagi akulah)

stesen LRT Masjid Jamek


orang bagai semut kerumun gula: Sogo
ni kah masjid India nama nya tu? siapa tahu, sila kontek saya.
langit, subjek dah cantik. si tukang foto? -________-
Arakian lah foto-foto yang aku SANGGUP muat naik untuk percubaan haprak ni.Aku nak berguru dengan beberapa orang sifu-sifu yang aku kenal. Tapi kalau dorang tu sudi lah. *orang-cantik-hensem-dan-baik-budi-mestilah-sudi-nak-ajar-aku!*

Aku dah mengantuk dan kepenatan gaban.
Selamat Malam semua.
Mari melelapkan mata di hostel "terchenta" ni. 
-______-



2012 eh?

Ohoi! Nda sangka dah tahun 2012, ek?pfft! Sama jak lah, buat apa nak sambut tahun baru, kalau azam tu hangat-hangat tahi ayam. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman *aku mengaku* tapi, TAPI! sangat mustahil aku saja yang orang-buat-azam-tapi-malas-nak-laksanakan. *jeling maut* Sepanjang 3 hari bermula dari Jumaat lepas di Putrajaya, aku belajar banyak hal baru. Antara nya:

1)Menaiki transit ke Putrajaya Sentral.
2)Berjalan-jalan di kawasan masjid India.
3)Window shopping di Sogo.
4)Hafal jalan di Kuala Lumpur ni.
5)Hafal jalan di Putrajaya.
6)Naik bas NadiPutra balik rumah makcik.

Mungkin bagi remaja sebaya aku *sila perasan diri anda sebaya dengan saya* hal ni mungkin teramat mudah dan "hek eleh!" Tapi, kenalah ingat dan faham, aku ni budak asal Tawau, Sabah. Nak membiasakan diri dan mengetahui jalan-jalan di KL ni bukan mudah, dan aku mengaku kadang-kadang buat aku jengkel. Kelebihan di KL ni adalah kemudahan LRT, Monorel, KTM dan bas-bas Rapid yang sangat-sangat memudah kan urusan aku kalau nak ke mana-mana. ngeh ngeh ngeh. Tabik pada RapidKL!

photo credit to redribbonboutique.blogspot.com  

Sambutan tahun baru (2012) aku yang pertama di Selangor ni adalah di padang berdekatan Masjid Sultan Salahudin Abdul Shah. Pergi tu pun sebab makcik tercinta aku nak sangat tengok Ustaz Azhar Idrus yang tengah meletup-letup tu. Kira sambutan jugak lah sebab penonton pada malam tu di anggar kan lebih 70k orang. Fuyooo di situ! -____-

Ni kira bukti lah. Gadis sebelah kanan tu manis gilerr!
oklah, malam ni memang aku takda mood nak berceloteh lebih, bila letih datang menggoda ni, tilam dan bantal dah menyapa-nyapa. Maka, eden nak tido lah kira nya.