Saturday, December 15, 2012

Majlis perkahwinan Puan Hazlina aka Bali

Assalamualaikum dan hai semua orang!

Haa, yang follow FB dan Twitter aku tu mesti dah dapat agak kan entri aku kali ni berdasarkan tajuk entri ni sendiri. Yep, secara rasminya, pada 07hb Disember 2012, Cik Hazlina telah bertukar status kepada Puan Hazlina. :') Tak dapat pergi majlis nikah senior kecik aku tu, walaupun Ecah bising-bising jemput aku untuk majlis akad nikah Bali beberapa hari sebelum tu. Nasib baik Ecah ada postkan di wall dia!

Tada! Alohh alohh alohhh malu-malu gitu :3

Di sini mula cerita syok dia: post Ecah di Psych Inc yang mencadangkan konvoi pergi majlis kahwin Bali. Loque dipilih jadi ketua konvoi, terus nak lempang semua orang blearghhhh
Aku dan Pija dah set jalan naik kereta sama sorang abam senior, Fiq Arshad. Sib baik dapat juga yang sudi bawa kitaorg. tsk tsk tsk. Yang sendu sikit konon-konon nak gerak jam 11 pagi, tup tup sebab aku dan Pija antara yg lambat (biasalah gegirls kan kena sesiap lawa-lawa*flipshawl*) ditambah pula kena tunggu lagi satu senior entah-masih-tidur-membuta-kot-masa-kitaorg-tunggu-dia-fuhh, konvoi kami pun gerak jam 12 lebih.  Minta maaf lah sebab buat korang tunggu lama~~

Walaupun ketua konvoi yg sepatutnya lead kami, tapi Fiq pula yg gerak dulu, yelaa, nak tunggu keta ketua konvoi aka Loq tu (ketua konvoi naik keta Hanim) memang tidak lah kan. Lama kemian naik luntur mekap aku tunggu noks wkwkwk. So, kami (keta Fiq, Jibam dan Fatin Razali) pun tinggalkan lah keta ketua konvoi yang suka sangat mau lempang orang tu sebijik jek cenggitu. Kechian Hanim. :'(

Kitaorg sampai rumah Bali di Kg. Sungai Buaya tu sekitar jam 1. Disambut dengan nyanyian lagu "Bila Izrail datang memanggil~~" ok, ketawa terbahak-bahak aku dan Pija, serta sekalian konvoi yang ada. >_<
Dekat meja letak hadiah pengantin tu, ada satu khemah utk corat-coret, bagi pesanan pada pengantin :3

ZE ZOMEL ZUNGGUH

Rasanya dalam setengah jam kot, barulah bayang keta ketua konvoi nampak. Rupanya dorang sesat 3 kali, salah masuk simpang. Tergelak-gelak kami konvoi yang dah sampai, dia ketua patutnya dia yang lead kitaorg. wkwkw. Pastu, ada gak terserempak dengan satu group student Unisel yang memang rapat dengan Ecah datang ke majlis. Nama sorang yang aku kenal tu Scha. :D

Lauk utk tetamu pun sedaknya, tapi tak sempat snap, wuwuwu sebab sibuk nak melantak kan! fahamilah gelodak peyot ittew, sanggup tak makan malam dan sarapan semata nak melantak di majlis sanding Bali. Dapat makan semeja dengan semua senior psikologi. Bila lagi dapat berkumpul macam ni kan? Meriah pun meriah, seronok lagi dpt tengok senior comel sanding depan mata. Awww. Semua muka ceria! meriah semacam meja kami masa tu, macam tuan rumah pun ada. :D 

Ni Aida! Dorang cuma kawan jek ok. 
Fatin, nak tutorial tudung ni!
Me and Pija! Sayangnya Sally takdak :(


Ketua konvoi tgh gelak sbb rancang majlis kahwin dia

Esal, Adam dan Fiq
Al-Huda dan Hanim

Ecah! :3

Paling heboh, masa kitaorang semua konvoi psikologi ambik foto dengan pengantin, kecoh kemain. Serbu pengantin. dahlah group paling besar masa tu. Tergelak jek tetamu lain tengok kekecohan kitaorg.Tak caya eh?

Ketua konvoi mengadenyeww. Bali dan Arif releks jeww tengok kami. Malu!


Majlis Bali ni special sikit dari majlis lain aku pernah pergi seumur hidup sebab Bali tak baling bunga, tapi pakat suruh kanak-kanak berkumpul depan lantai sanding tu, pastu, buat sesi "Lempar Gula-Gula". Tergelak tengok Bali loncat-loncat lempar gula-gula tu semua dengan pakaian pengantin dia! Tak dapat borak dengan Bali, cuma mampu lelambai, usik-usik, kenyt-kenyit mata pada Bali dari jauh jek, yelah, pengantin dah kena kerumun. hikhikhik


SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI KE AKHIR NYAWA :')
Dah nak balik tu, baru lah pulun ramai-ramai berkepit ambik foto, yelaa, jadi kenangan kan. Susah nak kumpul macam ni selalu. Kalau sambutan cohort baru, barulah buat. tu pun kekok. Ni memang sempoi habis-habisan lah! Sukee nyeww hati me!

Ni senior-senior tau!
kan kepit-kepit ngihahah

Kepada semua kawan-kawan cohort 10 Psikologi Industri, jangan risau, aku dan Pija dah sampaikan pesan korang dalam buku tu. hiks! Bila tengok kawan satu course ni kahwin, makin kuat gelodak meronta nak kahwin muda. aww aww :')

Dari kacak tukar pergi manish!
Tak sabarnya nak jumpa jodoh cepat, nak kahwin awal. :') Jumpa lagi di entri akan datang! *tabur-tabur bunga*

Thursday, December 6, 2012

Hai, lama tak kekabor!

Assalamualaikum. hai. Woahh! lama nya aku tak menaip di blog ni, dan aku pasti, takda pun yang rindu. ngiahaha. Tapi takpe, Twitter dan FB tetap ada. :3


Oh, apa aku nak kabor lagi dalam entri kali ni?
Well, sekarang minggu final exams untuk semester ke-4 tahun ke-2 bagi aku. Ewah, ewah, ewah! Subjek makin susah, makin ganda-ganda power dia kikis akal. Kepada yang follow aku di Twitter tu, harap maklum lah ya, lau aku meroyan-royan tu, normal lah, kiranya aku masih bersemangat. Sebab pesen aku bila too overstressed, aku betul-betul kurung diri, meroyan di twitter pun takdak.

Nak kabor jek, orang bilik aku ni chinese, dia baik woo, selalu hulur makanan (snacks) pada aku.
I have to say, orang-orang bilik aku selama ni semua baik-baik. Dibah, roommates dari sem 1 hingga sem 3 pun baik gila. (Gila je la tidak. Aku yg buat dia gila kot. ehek)
Satu lagi, kawan satu course dengan aku, Ecah, anak sedara dia Edriasyah, umur 4 tahun, dah 3 minggu kena culik oleh mak dia, Amy. Perodua Alza, num plat keta JNS 9606 (Johor). Mak dia tu kacukan Jepun-Melayu. Waran tangkap pun dah dikeluarkan, tapi Amy tu takda di tempat kediaman. :(

*gangguan*
(Eh, kejap, napa aku bau ubat ni? :( Ila sakit ke? ohhh, rupanya Ila masak maggi Sedap goreng tu. LULZ. bau macam ubat laaa)
*okay,gangguan stop*

Lupa nak habak, uolls, sepupu minah tu boleh pula inbox aku di FB sal Mr. Dashing.
Alkisahnya, dia stalk FB aku dgn like semua foto dan status di bulan November. Jenuh aku tahan diri dari bagitau perkara sebenar, yelah, aku dari awal lagi dah warning pada skendel bertauliah Mr Dashing tu dengan ayat "He won't leave me." Miss J tu sendiri yang taknak caya, nak me buat acane? Malaih nyaa. :(

Tak dilupakan, memandangkan sekarang sibuk sal durian crepe:
Dapat juga makan durian!



Oklah, setakat ni jek entri untuk kali ni, nanti aku gegosip meroyan lagi. hikhikhik. Rindu korang!

Monday, October 1, 2012

SIlibus merapu

bagi aku, sebenarnya,
Buku, examination, tu semua silibus.
Penyekatan ekspresi diri dalam bentuk jawapan bertulis dalam pelajaran.

Apa kena mengena aku pergi ke kelas sedangkan ada buku?
Nak dapat berkat lecturer, tu hal lain lah.
Lau lecturer tu jenis tak kisah kau datang kelas atau tak, bagi aku tu nikmat badan aku, at least dia sertakan buku.
Sebab dia tahu, hanya buku tu yang mampu membantu dia mengajar sedikit sebanyak ilmu yang dia ada walaupun dia dah syok tidur bila balik rumah.

Hakikatnya, walaupun lecturer tu bagi kau kelas, utk hadap celoteh nya, asalkan kau dah pegang buku di tangan, tu dah tahap sebelah kaki jejak syurga, sebelah lagi tu komfom jejak lau kau habis baca dan fahami isi buku tu.
Sebab silibus exam berpaksi pada "Sila rujuk buku anda untuk info".
Tipu je tu, kertas soalan exam kau nanti seratus peratus dari guru/lecturer yang buat.

Macam aku, masuk bab terangkan jawapan sebijik dalam buku memang aku fail,
Examinations result aku tak sepandai kawan sekelas lain, sebab aku dikehendaki bagi jawaban sebijik dalam buku. Erghhhh!
Kau ingat senang nak bagi jawapan main hafal?

Aku ni jenis bagi jawapan menurut pemahaman aku, bukan pemahaman org lain.
Dan walaupun aku faham, org lain mungkin tak bole terima penerangan aku.
Entahlah.

Tugas lecturer cuma utk jadi kaunter pertanyaan untuk kau fahami, dalami ilmu yang dia dah hadapi sepanjang pengajaran nya.
Dan untuk ambik "berkat" lah.
Lain cerita lah lau kau tengah belajar Al-Quran. Itu memang lain cerita.

*Maaf lah, tulis tergesa-gesa. Dapat pencerahan masa naik tangga.

Sunday, April 29, 2012

Sanggar Peppek dan Sambal Sardin Belacan.

Assalamualaikum dan selamat-selamat semua.
Apdet lagi, kerap pula aku apdet entri baru semenjak balik ke kampung halaman yang kumuh ni.kekeke. No offense ya, Kalabakan. 
Oklah, entri kali ni aku mau buat entri sal "Sanggar Peppek" atau lebih sopan aku nyatakan "Pisang Tumbuk" mih mih mih.

Aku sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul makanan ni dan mengapa masyarakat di sini memberi kan nama "Sanggar Peppek" terhadap menu ni. ho ho ho. Jgn salah sebut tau! >< Buat pengetahuan, masyarakat di sini memanggil pisang goreng sebagai "Sanggar". Jadi, kalau berkesempatan bercuti di Tawau ni, kalau mau beli pisang goreng di gerai tepi jalan, cakap la," Beli sanggar RM2". ;)

Apa-apa pun, mari kita kenali bagaimana utk memasak menu yg sedap dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang. Sedap wooo, kalau panas-panas lagi!

Bahan-bahan:
(untuk 4 org makan)

Pisang Raja yang mentah (16 biji)
Bawang putih (5 ulas)
garam dan gula secukup rasa (utk rendaman)
minyak utk menggoreng secara deep-fried.

(utk sambal sardin)
Bawang merah (3 ulas)
Cili padi (15 biji)
Sardin (3 ekor saja)
Tomato (2 biji besar@ 3 biji kecil)
Belacan (1/2 keping)

Memasak Sanggar Peppek/Tumbuk:
Bersih kan pisang, cuci bersih getah nya dan goreng dalam minyak secara deep-fried.
separuh kekuningan/masak, keluarkan tos dan tumbuk menggunakan alu lesung sehingga ianya separa lenyek.


Pastikan lenyekan tersebut tidak memisahkan atau menghancurkan pisang tersebut.

Tumbuk kasar bawang putih, campurkan garam dan gula secukup rasa ke dalam sepinggan air masak.
Rendam seketika pisang yg telah ditumbuk tadi dan pastikan kedua-dua bahagian pisang tersapu rata.



Goreng kembali pisang tersebut sehingga garing/masak kekuning-kuningan.

Menyediakan sambal sardin:
Goreng bawang merah, tomato dan sardin sehingga masak. Jgn buang kuah minyak yg terhasil dari gorengan sardin tadi.
Bakar atau goreng belacan. Tumbuk cilipadi, bawang merah, tomato mengikut turutan. Akhir sekali, tumbuk sardin sekali dgn gula secukup rasa. Gaulkan semua bahan utk sambal. Siap!


Selapas sudah siap, apa lagi hidangkan lah!. mih mih mih.
Tadaa! 
Lama-lama blog aku ni jadi blog "Mari mengenal masakan Sabah pula" kikiki. Yala, bosan doh, tak tahu apa nak apdet doh!
ehh, apdet entri ini buat aku teringin masak lagi sanggar ni. Masih ada lagi sambal sardin tu. hmm, aku ciou dulu. Mau masak dan bersantap. Sekali lagi. hehehehe. Selamat mencuba! 
Assalamualaikum!


Thursday, April 26, 2012

Quick update

Assalamualaikum and goody day to uolss!
I`m gonna make this enrty short and simple for the sake that this blog could use more new entry.
I kinda left it "berhabuk" these few weeks. kekekeke.

So, two days earlier, due to boreness i`ve felt this few weeks back home (well, I was expecting my family would do some family trip outside Tawau, duh!) i`m back to sketching and eventually finished a new portrait of my college mate. Let just know her as Fiza. 

and here`s a portrait of her done by me:

And here a picture of her that I`ve used as a guide:

Oh kay, I know its not quite the same, but hey, at least I try, right? Beside, its a proof that my hands still skillful in drawing. :)

so, in the mean time, I will just looks up through my pictures collections in search of new portraits. Hopefully, i`ll be able to make good use of my sketchs book that i`ve bought last year. :)

Oh kay looo, that`s all for this time entry. Hope uols having a goody day today! buh bye. Assalamualaikum! :)


Tuesday, April 24, 2012

Kepurung



Assalamualaikum dan selamat baik baik saja kepada semua.
Hamboih! Lama sudah aku nda apdet blog aku yang satu ni. Sikit-sikit status FB dan Twitter ja yang aku apdet. Sampai stalkers dan haters aku mungkin sudah meluat tahap meroyan babeng dgn kekerapan aku meng-apdet tu. Tapi, aku buat muka memerang jakla. Mau tau macam na muka manusia memerang? 
Macam ni :


Jadi, apa sebenarnya yang aku mau luahkan dalam entri kali ni? Hewhewhew. Jangan risau, dalam blog ni aku malas luahkan emosi gilo dan poyo aku. Tapi lebih kepada situasi yang buat aku happy dan suka hatiiiiiiiii~ *tiba-tiba suara soprano keluar

Baiklah, lads and gents ! Mari kita baca apa musabab aku menaip entri ini. Sebab nya, aku mahu memperkenalkan sejenis menu yg agak popular (aku rasa lah) di Sabah iaitu Kepurung. Kalau di daerah aku, Tawau, Kepurung, kalau di bahagian utara Sabah, dorang panggil Ambuyat.

Jadi, pengisian entri kali ni adalah `Proses memasak dan memakan Kepurung’

Apa itu kepurung/ambuyat?
Buat permulaan,jujurnya, aku sebenarnya nda tahu sejarah mengenai menu ni ; dari mana, bangsa mana yg makan dan mengapa nama nya sedemikian. Yang aku tahu melalui pelajaran lisan dari ibu dan famili aku adalah, Kepurung ni popular dlm semua suku bumiputera Sabah, tepung kanji dan sayur bening adalah asas nya, serta menggunakan banyak tenaga dan bahan.

Ok, proses memasak menu ni terbahagi kepada 2. (Sebenarnya aku ja yg menyimpulkan nya begitu sbb untuk memasak dlm masa yg cepat, kerja kena dibahagikan kepada dua bahagian.)
Bahagian proses memasak yg pertama adalah menyediakan sayur bening dan sambal.
Proses kedua pula adalah memasak tepung kanji dan "memintal nya"

Bahagian pertama adalah: Menyediakan dan memasak sayur bening dan sambal.
Bahan-bahan :

Masak sayur bening
sayur-sayuran: kangkung, kacang panjang, kubis, daun kelor, keledek manis (didadu dan direbus dulu) 
*pilihan sayur terpulang pada kamu
Halia (sebesar ibu jari)
Bawang merah dan bawang putih (5 ulas tiap satu)
segenggam daun chemangi.


daun kelor
campuran sayur blm dimasak.


Masak sayur bening:  Potong bawang merah, bawang putih dan sayur-sayuran. Panaskan minyak dan tumis BM,BP dan halia sampai naik bau wangi tu. Tuang kan air dan masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong. Didihkan, tadaaa! Dah masak!


Sambal tomato:
Belacan (1/2 keping .Ikut suka hati pun boleh)
Tomato (2 biji, digoreng)
Cili padi/lada (15 biji. Ikut suka hati pun boleh)
Bawang merah (3 ulas digoreng bulat)

Sambal tomato: tumbuk cilipadi, bawang merah digoreng, dan belacan. bila dah lumat halus, masukkan tomato dan tumbuk kasar. Jgn lumat kan pulok. 

Sambal bilis kering
Ikan bilis (ikut suka hati)
bawang merah (3 ulas) dan cili padi (5 biji) tumbuk sekali.
Tumis BW dan cili padi tadi smpai naik wangi. masukkan ikan bilis dan gaul hingga masak.


tumis-tumis!

Tambahan lauk:
Kacang tanah (digoreng kering)
Sardin (tos dan goreng kering)

Goreng kering tau!
Tumbuk kasar.

sardin goreng~~

Proses kedua:
Tepung kanji (dua bungkuihhh)
Air panas (3 liter atau bergantung pada kekentalan tepung)
Chopstick (utk "membentuk" ambuyat)
Air masak (utk merendam ambuyat)
*dapatkan bantuan org lain, jgn buat sendiri

Utk proses ni, tuangkan tepung kanji tersebut ke dalam kuali atau bekas besar (mana-mana kamulah)
Sediakan air panas dan pastikan dlm keadaan mendidih (alaaa, masih berbuih-buih gelegak tuh),
Tuangkan perlahan-lahan, kacau, tuang, kacau,tuang, kacau smpai lah tepung kanji tu kental tau!
Tadaaa! jadi camni,jgn geli tau!
ambik chopsticks dan kaut tepung kanji yg da masak tu dgn cara memintal sehingga bulat.
tengok FOTO DI BAWAH utk tengok camna kaut ambuyat dgn chopstick.
Pintal jgn tak pintal~~
 Letakkan kautan/ pintalan ambuyat tersebut ke dlm bekas berisi air masak tadi. (lebih baik lebih satu org buat sesama supaya cepat) 

bila dah banyak , jadi camni~
Semua dah siap masak, apa lagi, hidangkan!

Putaran arah jam: sardin goreng, sambal tomato, (sambal ni aku tak kenalkan sbb tak penting) , sambal bilis dan kacang ditumbuk. :)


Cara makan nya adalah dgn mencampurkan semua lauk tersebut semahu anda. 
Macam ni:
*diambil ketika dlm proses ngap-ngap. cecomot
Kalau mahu cuba masak sendiri, pun boleh. Tapi kalau aku, mmg aku harap ibu aku jak lah yg masak. Lebih sodap lah katakan. :)

Terima kasih pada Puan Asma, ibu terchenta, kerana melayan karenah kami masa memasak, Alip BC, adik cold-blooded atas bantuan memintal dan Aiman, si hyper, kerana buat bising dan renungan poyo anda. :B

Ok lah, sampai sini saja. Assalamualaikum dan selamat mlm semua. :)