Tuesday, February 28, 2012

"Rindu Ombak"



Assalamualaikum. Dan selamat selamat semua. =) 

Jangan tertipu, mood aku ni blm ok lagi. Masih lagi. Belum surut lagi rasa lemas tu. =)
Tapi aku mesti pandai pujuk diri. Mesti. Wajib. Bukan pilihan mahu. Tapi keperluan. Sebab aku ni bakal menjadi psikologis. Mesti tahankan hati. Nda boleh tolerate dgn perangai minor bipolar yg aku suka keluarkan. *sigh*

Baiklah, entri kali ni aku fokuskan lak pada akitiviti outing (eh, outing lagi?) hari Sabtu lepas, tepatnya pada 21/02/2012. Wow! Macam keramat lak aku baca tarikh ni. Kargo terhormat pada hari tu bukanlah tiga dara pingitan, tetapi tiga "gadis idaman" pula. Dan macam biasa classmate lelaki yang turut serta dlm trip ke Broga pun ikut sama. Yalah, org Sabah cakap; champion kalau bawa kereta. hehehehe.

Aku mulakan penceritaan trip kali ni dengan sebab pertama kami keluar pada hari tersebut. Sebenarnya, 2 org dari gadis idaman tu ajak aku ke Midvalley untuk menghabiskan baucer buku yg masih ada. Aku mencadangkan lebih baik sewa kereta setengah hari  pada hari Sabtu, dan yep, the rest is history. =)

Destinasi pertama: Midvalley. Tepatnya, MPH Midvalley. Kena habiskan baucer buku yg tinggal RM150 tu lagi. Kalau nda, rugi tau PM luluskan bagi balik cukai tu. auww. Berpusing-pusing, lelah sekejap aku mencari buku penulis HLovate. Aku tengah kumpul koleksi penulis tu. Nasib baiklah, akhirnya ada satu rak penulis buku tu yg aku jumpa. 3 buku; Contengan Jalanan, 5 Tahun 5 Bulan, aA+bB oleh Hlovate dan RM61 terbang ke saku MPH. =)

Penat seketika menunggu karenah kawan-kawan yg sibuk memilih buku mana yang patut dibeli agar baucer buku tak sia-sia. heh! Aku tunggu sambil duduk jak di tangga MPH tu. hewhewhew.

Sabar 
Pencarian tak sudah pada Faisal Tehrani .
"Peng, pinjam pen, nak tulis nama di baucer."
MPH Midvalley dah tukar tempat tau.
Kebanyakan kawan-kawan aku cakap, MPH Mid di store baru ni kurang memuaskan dari segi buku yang ada. Aku rasa sebab baru buka balik kot. Mestilah management MPH buat aktiviti masukkan-buku-dlm-kotak-kuarkan-balik-lepas-tu-letak-atas-rak-susun-baik-baik-elok-elok-supaya-customer-boleh-beli-banyak-banyak. Aiyak.

Lepas bergugak-gugak kami menunggu dan kuar dengan buku memasing, menyantaplah di food court; isi perut utk ke Port Dickson (well, kami blm bekfas lagi) Yang lucunya, isu poligami jadi topik utama semasa makan tu. Aku pun kurang jelas dari mana arah mula perbincangan poligami tu. hewhewhew. 

Perjalanan ke PD memang lama. Mungkin dgn kelajuan keta tahap highway, masih 2 jam ke sana dari KL. Mau tipis punggung aku duduk diam dlm kereta. nasib juga keta sewa tu cukup besar. Melalui Lukut memang buat hati aku happy, sbb petanda makin dekat dgn pantai.7 bulan nda jejak pantai, nda keruan aku! Yalah, di Tawau tu pantai berbatu dan laut sebelah bandar, mau lepak, mau dating, mau jejalan, mau study group pun boleh. Senang. Jalan kaki dari stesen bas, boleh tengok laut sudah lagi. Pemandangan melintasi Nilai mengujakan aku, sebab aku rasa macam jalan balik ke Merotai. Pemandangan bukit bukau dan ladang kelapa sawit, kepala aku nda bosan menoleh ke luar. Rindu bro!

Aura Tawau *faint seketika*
Bagi terang sikit. hehehe
Lepas berhenti 3 kali sebab cari tmpt yg seswai di hati, kami memutuskan pergi ke pantai sebelum pantai Teluk Kemang, sbb mengejar masa; jam 5 ptg baru sampai sana. Akhirnya! Singgah di gerai jual pisang goreng dan lekor, apalagi, bila pasir dan laut depan mata, macam -macam rasa yang timbul mendadak. Woohoo! Nasib aku nda bawa baju spare, kalau nda, mmg berdesup aku mandi laut ptg tu. Pantai tu pun nda sesak betul, panjang, sebelah jak dengan resort di hujung kanannya. Pasir pantai tu nda seberapa bersih, boleh rasa dan tengok bila pijak, yalah, berduyun-duyun kaki manusia pijak pasir-pasir tu semua. Hari -hari lak tu.

Rasanya tiada apa yang aku boleh ceritakan secara "ayat-berayat" lepas ni. Cuma foto-foto ni  yang menjadi penceritaan aktiviti melepas-geram kami petang Sabtu di Port Dickson


Kenyit-mata-perasan-gojes, tayang Kelabu, jari peace. Triple euwww -____-
Takut terkaman ombak rindu ni - ulasan

Cohort 10 Psikologi boleh!


Model ptg tersebut: :







Pasir di pantai yang menebar, menjentik sanubari, bukan saja kaki.
Ombak berkejar-kejaran, tempias ke pasir, indahnya memori ni..

Akhir kata, jumpa lagi di entri seterusnya. =)
Jumpa lagi, Port Dickson!

Monday, February 20, 2012

K.O.T

Broga-tasi.

Hai, semua. Hai, hai, dan hai. Sebenarnya entri kali ni diselubungi dgn perasaan malas dan "lemas". "Lemas?" Ya, lemas dgn simptom depresi yg makin menunjukkan sifatnya. Sah! Depresi aku kembali. Tapi, berdasarkan kajian yg aku dah baca (standardlah, aku kan pelajar psikologi), depresi aku ni bukanlah "depresi" sangat sebenarnya pun, cuma tekanan dan konflik dalaman yg ringan. 

Oklah, entri kali ni cuma salah satu daripada entri yg aku cuba usahakan utk update dlm minggu ni, memandangkan entri review filem "The Viral Factor", filem "Where the Wild Things Are" dan buku "Kelabu" masih dlm pembikinan. Tapi, kemalasan yg datang selalu berjaya memujuk aku utk menepis menyiapkan entri-entri tu semua. Ah! Itu semua boleh tunggu. Bila-bila boleh, bila aku dah dapat balik mood. Bila esaimen-esaimen dah siap. Mungkin,tunggu jakla kan. 

Ahad lepas, tepatnya, 12/2/2012, kembara aku bersama "tiga dara pingitan" dan sorang classmate lelaki menambah ke-AWESOME-an dlm memori hidup aku. Plan trip outing tak rasmi : sewa keta setengah hari, melanguk di Curve dan mendaki Broga petang nya. Dan YES! Plan yg tak rasmi tu dah jadi RASMI dgn jayanya! Biasalah,semua janji nak keluar pukul 10 pagi, alih-alih, keluar dari kawasan kampus sekitar jam 11 pagi. hahahaha. Menunggu salah sorang dari "dara pingitan" yg baru balik ke hostel pada masa kami nak jalan tu. Kereta sewa yg disewa mmg murah sbb badan radio yg cuma jadi hiasan interior dlm keta tu. Tahniah lah pada tuan punya kereta sewa tu, anda tak padan sungguh dgn title "perempuan" dlm bab jaga kereta tu. Aku rasa keta macam mau tercabut semuanya. Kemungkinan utk bumbung keta tu tercabut pun ada. *geleng kepala.

Trip to Curve? How can I say this? It went smoothly. Thanks Allah! Trafik jam ndada, itu sebabnya. =) Pertama kali jejak ke Curve, mcm biasa, perasaan aku biasa jak. Tiada rasa kagum sangat bila dah di IKEA. Yang aku fikirkan adalah "Bila agaknya Tawau akan ada gedung IKEA macam ni?" Luas, nyaman, barang yg menarik, tapi mcm mall yg lainnya, penuh dan sesak dgn manusia. Antara hal yg aku rasa lucu di Curve adalah momen kami berlima dok tercongok menunggu satu famili Melayu habis makan di McD utk dapatkan tempat yg cukup luas utk makan. Sekalinya, bebudak lelaki yg kami sangkakan lama melepak tu akhirnya yg jadi penyelamat kami. Pastu, bila dah duduk, banyak lak tempat masa tu jadi kosong, tapi malas pula mau tukar tempat lagi. jawabnya, terperuklah kami makan di satu sudut. Bila dah selesai menjadi remaja "window shopping" di mall ni, kami pun meneruskan misi utk ke Semenyih, atau tepatnya ke Broga lepas tu. Wei, wei, wei! Siap dah pack baju & seluar extra, kasut sukan dan air mineral dalam beg ni weh! hahahaha.


Sesat sebentar dekat KTM Kuala Lumpur

"foto pertama" Sultan Abdul Samad.

Perjalanan ke Semenyih di Seremban, Negeri Sembilan agak memeningkan disebabkan ketidaktahuan kami utk ke sana. Dan BB salah seorang pun menjadi navigator akhirnya. Mungkin disbbkn kepenatan dan kebosanan (radio takda) dua org kawan tertidur sekejap dlm perjalanan. mungkin dlm 1 jam lebih perjalanan dari KL ke Semenyih, ni yg aku agaklah. Pemandangan? Biasa saja. Nda ada yg menarik bagi aku. Nampak papan tanda Taman Tasik Semenyih dan Broga lagi mengujakan aku berbanding pemandangan sepanjang perjalanan ke sana. =)

Pastikan lalu tempat ni

TU DIAA!
Exercise-tiada-turutan aka menggeliat
Sampai di bawah Broga sekitar 4.30 ptg, kawasan parking yg selalunya penuh pada waktu pagi telah lengang. Nampak sngat org lebih suka naik Broga utk tengok sunriseee. Sebenarnya ni dah kali kedua aku ke Broga, jadi aku mcm jadi pemandu-arah-x-rasmi bagi team kami hari tu. hehehehek. Perjalanan ke atas agak tricky, sbb perdakian yg menaik secara perlahan-lahan, landai, dan tiba-tiba curam. Yg aku tak boleh lupakan, adalah apabila aku melihat muka keempat-empat mereka (aku di hadapan sekali) bilamana melihat puncak pertama Broga setelah diselubungi lalang. Pergh! Bersinar-sinar mata tu. Terukir senyuman semua, & aku tak terkecuali.  =)

Muka nampak puncak!

omo, omo, omo! 

Curam, ada tali disediakan.

Nak kalahkan Mudzaffar gak!
dan akhir nya, tepat jam 6 ptg, kami berlima pun berjaya sampai di puncak! Bermacam dugaan yg kami hadapi sepanjang perjalanan walaupun pendakian sebenarnya tak susah sangat. Dgn sakit perut, kekurangan air mineral, panas ptg hari, kerisauan balik lambat dan kepenatan, semua diatasi dgn "TeamWork". Memang semangat kekawanan tu bertambah erat bilamasa kami saling tak meninggalkan antara satu sama lain walaupun ada yg dah nak giveup. Macam mimpi pun ada bila sampai di puncak dgn kawan-kawan this time around. Bagi aku, it`s FREAKIN AWESOME!



Terima kasih utk tambahan memori dlm hidup aku! Terima kasih! Ada ruang dan bajet, hendaklah kiranya semua ahli Cohort 10 Baccalaureate of Industrial Psychology Unisel menjejak kaki bersama. Harapan kami berlima. Mudahan. Aku pun teringin untuk membawa seorang kawan, Nay tepat nya, sekiranya aku akan naik lagi bukit ni. Insya Allah. Amin.

Sekitar jam 7.30 mlm , kami terpaksa bergegas pulang sbb kesuntukan masa, jalan yg curam dan berkelikir, ditambah lagi dgn angin kuat yg melanda puncak secara tiba-tiba dan berterusan selama sejam, membuatkan perjalanan turun kami mencabar. memandangkan kami naik bukit ini pada waktu ptg,alan tak sesak sepertimana pagi, cuaca sejuk dan tidak panas. Ideal bagi yg ingin berlama-lama di puncak, berbanding mereka yg naik di waktu pagi hanya utk melihat sunrise. =)

Yang lucunya, dlm perjalanan balik, sekitar melepasi Semenyih, tanpa kami sedari, bonet kereta terbuka dan kami bertiga di belakang langsung nda sedar sampailah pemandu kereta belakang hon kami berkali-kali. Sentap muka mak jemah, u all know? alahai, gugur jantung sekejap bila menoleh belakang, bonet jadi tingkap besar!

Bila balik bilik dah, semangat utk mendengar kembali lagu-lagu band Sheila On 7 membuak-buak. Dan lagu "Sahabat Sejati" buat aku terkenang segala memori yang tercipta di sana. Memang, hidup dikelilingi kawan-kawan buat kita bahagia. Buat kita gembira. Bagai dunia, masa muda dan kita saja yg wujud. Macam celaka ayat aku, tapi hakikat bila kau tempuhi perkara seindah ini dgn kawan-kawan jadi pendorong, serius, rasa syukur tu tetap ada bila mereka di sisi.

Dan sebenarnya, yang buat aku tak boleh lupa bukan lah sbb keindahan Broga tu sendiri, tapi semangat "TeamWork" yg aku rindui semenjak zaman SPM dulu. Zaman remaja bingai, hektik dan segala macam ragam yg buat aku ketawa.

Macam mimpi, tapi tetap realiti. :')

Ohya, keindahan Broga.





dah mcm gua hidu ketiak lak. celakeww.


 Jumpa lagi, Broga. Jumpa lagi. =)

P/S: Kenapa entri aku namakan K.O.T? "Kawan. Outing. TeamWork."

Saturday, February 11, 2012

Aku Bedah : Novel Cekik sebuah buku Ridhwan Saidi terbitan FIXI

Jam 10:16 pagi. Hari Sabtu dan seperti biasa nya lengang di hostel kampus aku ni. Pagi yg sepatutnya dimulakan dgn sarapan normal dan senaman, aku gantikan dgn menelaah kembali buku Cekik tulisan Ridhwan Saidi di atas tilam. Aku gunakan terma menelaah kerana sesungguhnya pembacaan buku ni telah aku habiskan sekitar jam 1.45 pagi tadi (menjadi hal terakhir sebelum tidur), yang mana pada masa tersebut logik aku masih tidak dapat menerima penceritaan Ridhwan pada novel ni. Ketika menulis entri ini juga kepala aku masih pening; selakan demi selakan semula membuatkan otak aku mempersoalkan fatamorgana yang dihasilkan oleh Ridhwan. Mengapa aku katakan fatamorgana? Kandungan buku ini akan menyentap pandangan awal anda bahawa buku ini cuma novel urban biasa utk dibaca. Penuh dgn trick-trick yg mana pembaca sendiri akn berkata dlm hati "Ridhwan, what the f**k are you thinking?"


Serius, buku Cekik ini mengubah persepsi aku akan kegeniusan penulis urban Malaysia. 


Aku disambut dgn sepatah ayat comel dari penulis "I secretly have a desire to cuddle my reader." yg membikin aku spontan tersenyum simpul di tepi katil sendiri. Aduh, unconscious desire Ridhwan ini membuat hati perempuan aku bergetar apalagi penulis sememang nya seorang yg memiliki rupa paras yg bagi aku sedap mata memandang. Ops, nasib lah penulis sudah pun mempunyai teman special, dan aku ni muslimah, tak boleh lew cuddle-cuddle nieww! hehehehe.


Watak-watak Cekik bagi aku :

Warith: watak utama cerita. berusia 16 tahun pada 2020. Seorang yang introvert (bagi aku) kerana dibesarkan dgn cara dikurung oleh bapa sendiri di kawasan rumah. Memiliki rasa ingin bebas seperti remaja lain. Sering menegaskan falsafah diri hidup haruslah sebagai lelaki tulen.

Tok Said: Bapa yang dianggap kandung oleh Warith, tapi disalah anggap sebagai  bapa angkat Warith oleh Detektif Anton, dan kemudian disahkan bapa kandung Warith oleh mak Warith. (kompleks bukan?) Tok imam di Kampung. Bernafsu songsang walhal berdiri atas nama Imam Kampung.

Suria: Teman wanita kepada Warith, berusia 32 tahun.Pensyarah di salah satu universiti swasta. Suka dipanggil Mak ketika melakukan senggama. Seorang pedobear? Turut mengurung Warith di apartment nya namun Warith tidak merasakan ianya satu seksaan batin mahupun zahir.

Anton/Anthony: Seorang detektif yg menyiasat kes pembunuhan Tok Said. Kawan lama Suria. Cinta pertama nya adalah Suria,namun berjodoh pula dgn Nora. digambarkan fizikal sbgai Cina. yg penting bukan Islam dan bukan Melayu.

Nora: Antara watak kecil. (Teman wanita? isteri?jodoh?) kepada Anton. Rakan sekerja dlm kes menyiasat kes homosid Tok Said, bapa Warith.
.
Zaid: Watak kecil yg disalah anggap tiada kaitan dgn kes, namun kisah lama terbongkar jua. Lelaki yg merogol Suria semasa Suria bercuti.

Mak: Emak kepada Warith yg hanya disahkan wataknya bila Detektif Anton menyiasat akan latar belakang Warith dan Tok Said.




Beberapa grafik lucu dlm novel ini.


Pengaruh dalam Cekik bagi aku:

Lagu Decorate oleh Yuna : Mungkin cuma salah satu ekspresi penulis sebagai kesukaannya pada lagu ni. Jika anda perasan, hanya lagu ini disemadikan dlm novel ini; adegan memasak maggi, dan dlm Vitara putih milik Suria ketika mereka berangkat ke kampung.

Penggunaan I : Permulaan kita disogok dgn ganti diri aku dan saya, namun watak Detektif Anton mengejutkan aku bila menggunakan I utk merefer pd dirinya, kemungkinan besar utk memperkuat stigma "bukan Melayu" bagi watak nya, memandangkan Anton merupakan org Cina. Hal ni mungkin kecil, tapi bila terbiasa, aku nda expect kata nama ni akan timbul. Sekali lagi, ini cuma pandangan aku.

Fesyen dan Majalah Glam : Oh la la! Aku nda sangka bahawa Ridhwan seorang yg teliti dlm mempersembahkan kepada pembaca mengenai fesyen dan pemakaian yg dipakai setiap watak. Watak Warith dan Suria khususnya merupakan watak yg amat-amat diberi perhatian akan dressing oleh penulis. Aku mengagak ini untuk mengaitkan akan kesukaan Warith pada Majalah fesyen Malaysia, Glam. Contohnya, pemakaian Suria dlm babak Vitara Putih miliknya,; "kelihatan Suria duduk di sebelah kiri memakai kemeja sutera krep warna hitam, jaket hitam diperbuat daripada bulu biri-biri, selendang sifon warna hitam terlilit pada lehernya dan sepasang kasut Oxford vintaj warna merah kundang." demmit. aku cemburu pada fesyen Suria! hahahaha. Malah, penulis turut menghidangkan pembaca dengan trend sekarang, bertudung ala-ala artis. Pengetahuan Ridhwan akan jenis-jenis tudung yang dipopularkan artis-artis di Malaysia seperti tudung Yuna, tudung Siti, tudung Farah Adeeba, tudung Waheeda  dan sebagai nya lagi membuatkan aku tergelak dan berkerut kening di atas katil.

Nama organ-organ seks: Seperti dijangkakan, (aku baca Amerika dulu baru Cekik ni), Ridhwan banyak memberikan pembaca bayangan adegan seks dlm buku ini. Tidak seperti penulis Malaysia yg skeptikal, Ridhwan menggunakan nama organ-organ seks yg kerap disebut oleh masyarakat kita sendiri. Contohnya, punai, kotek, puki, puting dan lu-fikirla-sendiri. Tiada tapisan bukan bermaksud penulis kurang ajar, namun bagi aku, tiada tabunya utk menggunakan nama-nama ini dl novel, kerana ini memang realiti society pun, kan.

Seks luar tabii : Pembaca diselerakan sepanjang novel dgn seks luar nikah, hubungan pedophile dan budak bawah umur, dan hubungan kelamin lelaki-dgn-lelaki. Aku yakin hubungan antara lelaki sesama lelaki ini merupakan punca utama kematian/pembunuhanTok Said, bilamana pembaca akan mengetahui akan sifat hitam bapa Warith ini. Pokoknya, elemen hubungan lelaki sejenis ini merupakan tunjang utama gerak cerita novel. Yang membuat aku kagum, adalah, hubungan si pedoplhile bermuka suci : Suria dgn Warith, yg mana novel-novel Malaysia jarang sekali mengetengahkan secara kerap hubungan luar tabii ini. Aku turut berfikir, jika hubungan seks tersebut direlakan oleh kedua-dua pasangan, adalah hubungan tersebut di dianggap luar tabii pasangan oleh tersebut? Apa yg diklasifikasikan luar norma oleh org lain, mungkin besar normal bagi org lainnya. Ridhwan Saidi, ini yg cuba anda tempelak ke muka pembaca remaja?  Atau mungkin saja aku yg terlalu berkira? Entah lah.

Watak-imprint-watak : Merupakan elemen penting yg membuatkan aku mengklasifikasikan Cekik sebagai "fatamorgana-realiti-watak". Mudahnya aku jelaskan, Ridhwan bijak menggunakan watak lain utk mengekspresikan pemikiran dan perasaan watak lainnya. Contoh terbaik; perbualan bola sepak antara Suria dan Anton yg sebenarnya dibayangkan oleh Warith dibelakang mereka; bahawa dia sendiri yg berbual tentang Liga Perdana Inggeris dan Liga Itali dgn Anton, bukannya Suria. Yang membuat aku geli hati, adalah imprint watak pemikiran Sue dlm diri budak perempuan kecil ( jika anda perasan) dan watak maggi terhadap kekerdilan manusia di sisi "Tuhan". Ini cuma contoh-contoh  kecil, dan otak pembaca akan berdepan dgn banyak lagi simpang-siur fatamorgana-watak ini. Seriously, Ridhwan, you make my logic exhausted this time around!

Stigma Lelaki Tulen: Jika pembaca menelusuri sepanjang pembacaan, kita dihadapkan dgn apa yg sepatutnya lelaki tulen lakukan, apa yg lelaki tulen harus makan, cara berjalan, cara berbual dan cara berfikir. Ridhwan sekali lagi menampar fikiran pembaca dgn ketulenan dan realiti pemikiran masyarakat skeptikal, terutama di Kampung. Dan aku tidak menafikan hal-hal ini, kerana ini memang berlaku realitinya.

Pengaruh tahun 2018-2020: Aku terbuai dgn ketulenan penceritaan Ridhwan sehingga aku terkesima bilamana susur masa novel ini adalah tahun 2018 & 2020. Hal ini utk mengejutkan kita bahawa di masa hadapan, sifat orthodoks manusia tetap ada. Nafsu, selera dan pandangan masyarakat mungkin tidak berubah walau masa hadapan. Cuma nya, aku rasa hubungan antara budak bawah umur dgn wanita terlebih umur mungkin dibenarkan dlm ruang masa ini, mungkin atas sebab ketidakcekapan pihak berkuasa mengaplikasikan undang-undang. Hubungan Warith dan Suria nampaknya tidak memberi sebarang impak buruk/serius pada pandangan watak sekeliling. Atau mungkin saja Ridhwan malas utk memperkembang/menyuntik elemen panik pada hubungan ini. Biasa saja, zaman ini pn hubungan luar nikah dah berleluasa, ye dak? kuikuikui. Malah, penerapan penulis pada kemungkinan lebih buruk terhadap nasib bahasa Melayu sbagai bahasa kebangsaan di masa hadapan buat aku tergelak kecil. Ridhwan, apa saja di fikiran genius anda semasa menulis novel ini?

Rahsia masa silam: Disini, Ridhwan menyedarkan aku akan betapa manusia masing-masing punya rahsia masa silam dan gelap sendiri. Watak-watak dicipta dan disongsangkan masa silam mereka oleh Ridhwan utk memperkuatkan cerita yg akhirnya menjadikan novel ini bergerak. Pertemuan watak demi watak mendedahkan rahsia silam mereka sendiri. Aku rasa ini merupakan satu lagi elemen "senyap-tapi-mampan" oleh Ridhwan. Bro, kau buat aku tabik!

Penggunaan nama Kampung dan Bandar :Hal ni kecil saja, namun aku perasan akan pendirian Ridhwan utk tidak memberitahu kampung Warith dan bandar Suria dan Warith bertemu. Namun hanya menggunakan nama "Kampung" dan "Bandar". Mungkin Penulis tidak mahu utk menyesakkan lagi kepala pembaca dgn realiti kehidupan atau mungkin saja, dia malas mahu fikir nama tempat bagi novel ini. Apa-apa lah.

Pengaruh seni bina, stigma "Dasar Orang Melayu" dan skeptikal masyarakat : Ahhh! Pembaca disogok dgn fakta-fakta senibina, namun bagi aku, ini cumalah luahan pandangan penulis kerana beberapa tempat seperti "bangunan berlogo M" hanyalah tempat makan fast-food yg aku tak pernah terfikir utk membelek interior mahupun exterior bangunannya. Jika anda meneruskan pembacaan, akan terjumpa dgn kerendahan orang melayu pada susur masa dlm novel ini, mungkin utk mengetuk kepala bangsa sendiri? Nasiblah aku ni Bumiputera Sabah aka etnik Tidung, ahaks!


Pengaruh pendirian agama : Disini, aku terkesima pabila mengetahui bahawa Warith sebenarnya tidak tahu cara utk solat dan mengambil wuduk, walhal bapa nya merupakan seorang tok imam di Kampung. Malah, terdapat adegan ketika Warith ingin menyampaikan hajat seorang wanita berpurdah (aku rasa wanita itu malaikat) utk memasukkan duit ke dlm tabung yg terletak dlm sebuah surau/masjid, Warith menganggap tertib takbir sebagai "mengangkat tangan tanda menyerah". Malah, Ridhwan menulis perlakuan Warith ketika membersihkan becak dan lumpur yang tersalut di badannya ketika terjatuh di tanah perkuburan sebenarnya seperti mengambil wuduk. Apakah disini, penulis ingin menegaskan lagi kejahilan dan kejahatan Tok Said yg mengurung anak nya dan tidak memberikan sebarang ilmu agama agar Warith tidak melawan?


Beberapa bab diberikan nama watak-watak dlm novel ini sendiri; Bapak, Johnny, Suria, Amira, Anton, Nora, Zaid, Warith dan Mak sebagai bab terakhir. Mudah, tak perlu fikir banyak-banyak kot. =)

Ada beberapa elemen dan pengaruh lagi, tapi hanya mampu bagi sampai disini saja, aku rasa utk mendapatkan feel yg aku rasai sekarang, lebih baik dapatkan dan baca buku ni sendiri. Aku berterima kasih pada Wannh sebab akhirnya buku yg aku dok baca review di blog orang lain, aku dah dapat habiskan. Betul-betul buat aku terkesima dan sakit kepala.

Nilah penulis buku tuuu. ahaks!

Dan jika anda perasan, cover buku ini mengekpresikan sedikit sebanyak beberapa situasi dan elemen-elemen dlm novel ni : mayat yg di terbaring di atas tikar, mati dicekik menggunakan juraian pita VHS. Dan mayat tesebut bukan perempuan, jika diperhatikan, betul-betul, tapi lelaki bergincu. Oh la la! Pandai sungguh menyuntik elemen2 yg sedia ada dlm novel.



Dan bagi pembaca yg inginkan buku yg penuh dgn persoalan realiti, persoalan mentaliti masyarakat dan falsafah diri dan fakta-fakta, diselangi sedikit twist watak-watak cerita, buku sedang ini (bagi aku buku ni agak sedang tebalnya, cepat utk dihabiskan) mampu utk memenuhi selera anda.


Buku ini boleh dibeli secara online di Fixi. Kalau mahu beli secara tunai-ke-tangan, rajin-rajinkanlah diri anda tu ke event-event kesenian yg berlambak di sekitar Selangor ni. Nda rugi pun pergi event-event yg banyak promosi buku-buku ni semua. Paling senang, ke MPH, Kinokuniya, Popular dan kedai-kedai buku yg jual buku terbitan Fixi ni. Aku yakinkan tidak sia-sia novel Cekik ni masuk dlm koleksi pembacaan anda. =)

Selamat mencari dan membaca novel ini semua!

Wednesday, February 8, 2012

Cuti 4 hari. (4-7 feb)

"Selagi hayat ada, selagi kepala boleh ingat"
-HLovate
Cohort 10 Industrial Psychology yawww!
Wargh! 4 hari cuti! Kira macam syurga sementara jugalah bagi aku. Isnin cuti sebab ganti cuti umum Maulidur Rasul dan Selasa lak sebab cuti Thaipusam. Selamat menyambut kedua-dua hari ni serentak kepada semua rakyat "Malaisia". Esaimen tetap berlambak seperti biasa. Dua esaimen sudah diselesaikan, (alhamdulillah), ada lebih kurang 8 lagi menunggu. =D Pasrah dan tawakal jak yang mampu aku lakukan bila esaimen sudah dihantar ke tangan lecturer. Kepala pun sudah semakin keliru dgn beberapa "salah faham info esaimen". Harap nya kawan-kawan sekelas tidak menspekulasikan lagi sebarang info kelas. Biasala, si A kata ni, si B kata ni, nanti Lecturer C cakap begini pula akhirnya. Mau melayang juga kertas ke langit bila fikir balik panas hati masa tu. Tapi, yalah, kan sudah bergelar "universiti student" (puih) mana boleh selalu tunjuk bebal depan lecturer. Sabo jela no. Bila di sem kedua ni, rasa semangat mau siapkan esaimen pun macam berkobar sudah sikit. Mungkin sebab pengajaran di sem satu menjadi dan melekat di otak, jadi siapkan lah "esaimen anda sebelum lecturer datang meminta!" >-<

Ketika menulis entri ni,aku sebenarnya masih dlm keadaan kepenatan sebab baru jak habis melepakkan diri dgn geng "tiga dara pingitan" dari warung. 4 hari sedikit sebanyak mengingatkan aku pada "kesiuman" masa SPM dulu. Kebebasan berekspresi pada sekeliling. Gelak hibur kawan-kawan yang tak habis-habis. Benar kata HLovate "Tiada yang boleh lawan zaman sekolah. Selagi hayat ada, selagi kepala boleh ingat". Borak kosong dan santai, ketawa, buat lawak, berkongsi rasa, mempersoal keberadaan "passer-by",dan ketawa berdekah lagi, nikmat dunia berkawan. Indah, indah!  





Misi "tukar course ke Fakulti Kejuruteraan"!
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa anggap hidup ni ada indahnya, ada serinya, ada tawa yang tak sudah, bahwa berkawan itu tak perlu kau mahu banyak fikir, terima sesiapa apa adanya. yeah!

Jangan lah terlalu sesakkan kepala anda dengan memikirkan kekurangan dan masalah anda yang dah tahu nda akan habis sampai ke mati pun. "Rilek lu, chill". Perkara biasa yang orang selalu cakap pada aku, walhal orang-orang yg mengatakan ayat-ayat tu rupanya lagi cepat touching; terasa dan bersedih dgn kehidupan mereka. 
Ayat aku kepada mereka-mereka ni cuma satu: 
"Dunia tak berputar utk anda. Matahari tak bersinar utk anda. Selamat datang ke alam realiti."
Brace yourself.
=) 

Selamat malam semua!

Thursday, February 2, 2012

aku bebel (1)

Februari. Yang orang gelar "Bulan Cinta" tu. opps! jangan salah sangka, aku bukan menyokong, mahupun, membangkang statement tu. Bagi aku, dgn membangkang dan mempersoalkan berkali-kali sambutan Bulan Cinta ni dah menunjukkan yg orang-orang tersebut memang ternanti-nanti bulan Februari ni. Alah, buat tak kisah sudah, dulu, masa kecil tak pula kau mau pedulikan utk bangkang-bangkang sambutan Valentine`s Day ni. Pandangan sendiri terpulang lah kan pada diri sendiri, tapi kalau dah keterlaluan sampai kaitkan bulan Februari ni dengan Iluminati dan Freemason, Yahudi dan org kafir, aku rasa orang-orang tersebut yg terlalu takjub dgn kekuatan Yahudi. yalah, sikit-sikit mau persoalkan akan "jarum halus" Amerika. Sedarlah, bahawa Islam ni tidak terlalu lemah macam yang disangkakan. Dan aku tahu, sedar, bila aku cakap macam ni, akan berkatalah orang-orang tersebut ;" eleh, kau jarang solat, serupa orang kafir juga." Ya, sedikit sebanyak itu pun apa yang hati aku tempelak pada aku sebenarnya. Maka, bukankah sudah dikatakan, Dajal itu muncul nya sebagai seorang yang mengaku ulama, ustaz, dan orang warak. Bila banyak yang mempercayainya, Dajal akan mengaku dirinya pula sebagai nabi Isa dan Imam Mahdi. Maka, sebaiknya persoalkan dulu akan kredibiliti orang-orang warak di Malaysia ni. Bila tergolong dalam orang-orang yang suka disuap, malas mempersoalkan huku-hukum agama, apa saja yang orang-orang warak dan bijak pandai katakan, dituruti. Hmm, bukankah itu boleh menjerumus kepada merosakkan akidah? Apabaila ada yag salah sangka bahawa aku ni tidak mempercayai ulama, mufti dan si bijak pandai dalam soal agama ni, aku rasa mahu ketawa, sebab hakikat memang susah ditafsir dengan mata kasar manusia, apatah lagi bila banyak pandangan stereotaip terhadap gadis mcm aku. Aku tetap berpegang pada kata-kata yang ulama usulkan, sebab niat itu menentukan pahala dan dosa kita. Aku tetap percaya, ulama yang bersih hatinya dan betul niatnya, teguh cinta nya pada Allah SWT, mudahan akan mampu membimbing aku dan semua Muslim. Disebarkan Islam atas filsuf yang tegar, dengan pandangan yang menunjukkan bahawa Islam itu jalan hidup, jalan perubahan, jalan kecintaan, jalan yang tempelak kita di muka bahwa akhir zaman dan "apocalypse" itu ada, balasan dunia dan akhirat akan terlaksana. Insya-allah. Aku mahu berubah. Macam anty aku pesan pada aku; "nda payah tunggu hidayah tu datang, benda wajib tetap kena buat. Kalau mau tunggu, sampai kau tua belum tentu datang"


(Baca di atas kalau mahu dan sanggup)



Wow! Serius, aku nda sangka aku mampu utk keluarkan "artikel" di atas tu. Kalau ada silap dan salah, sila betulkan. hehehehe. itu cuma pandangan aku terhadap situasi yang aku  dah terlalu kerap jumpa. Asal masuk bulan Februari jak, mulalah ada suara gedik (e.g "awww! tak lama lagi 14 Februari! tak sabar nak bagi coklat pada teeeet. seronoknyewww!")  dan suara sumbang (e.g " hmph! tengoklah tu, gedik! tak sabar nak sambut Valentine`s Day lah tu! tak tahu ke tu utk orang kafir je yg sambut! Bodoh!") yang akan menyapa telinga aku. Dah biasa pun bagi aku. Setiap tahun akan dengar hal yang sama bila tiba bulan Februari nieww. Itulah kelebihan jadi orang yang berdiri atas pagar ni, tak perlu nak bisingkan keadaan dgn pertelingkahan yg nda habis-habis. =) senyum, tak perlu kata apa-apa


Photobombing berjaya!
cinta sejati x kisah tarikh 14 Feb tu puin
Oh ya! Dialog-dialog tu memang ada kena mengena dgn yang hidup mahupun yang mati. Admit it. You`ve heard it tons of time, rite?

cinta pada diri sendiri lagi better! =)