Sunday, April 29, 2012

Sanggar Peppek dan Sambal Sardin Belacan.

Assalamualaikum dan selamat-selamat semua.
Apdet lagi, kerap pula aku apdet entri baru semenjak balik ke kampung halaman yang kumuh ni.kekeke. No offense ya, Kalabakan. 
Oklah, entri kali ni aku mau buat entri sal "Sanggar Peppek" atau lebih sopan aku nyatakan "Pisang Tumbuk" mih mih mih.

Aku sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul makanan ni dan mengapa masyarakat di sini memberi kan nama "Sanggar Peppek" terhadap menu ni. ho ho ho. Jgn salah sebut tau! >< Buat pengetahuan, masyarakat di sini memanggil pisang goreng sebagai "Sanggar". Jadi, kalau berkesempatan bercuti di Tawau ni, kalau mau beli pisang goreng di gerai tepi jalan, cakap la," Beli sanggar RM2". ;)

Apa-apa pun, mari kita kenali bagaimana utk memasak menu yg sedap dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang. Sedap wooo, kalau panas-panas lagi!

Bahan-bahan:
(untuk 4 org makan)

Pisang Raja yang mentah (16 biji)
Bawang putih (5 ulas)
garam dan gula secukup rasa (utk rendaman)
minyak utk menggoreng secara deep-fried.

(utk sambal sardin)
Bawang merah (3 ulas)
Cili padi (15 biji)
Sardin (3 ekor saja)
Tomato (2 biji besar@ 3 biji kecil)
Belacan (1/2 keping)

Memasak Sanggar Peppek/Tumbuk:
Bersih kan pisang, cuci bersih getah nya dan goreng dalam minyak secara deep-fried.
separuh kekuningan/masak, keluarkan tos dan tumbuk menggunakan alu lesung sehingga ianya separa lenyek.


Pastikan lenyekan tersebut tidak memisahkan atau menghancurkan pisang tersebut.

Tumbuk kasar bawang putih, campurkan garam dan gula secukup rasa ke dalam sepinggan air masak.
Rendam seketika pisang yg telah ditumbuk tadi dan pastikan kedua-dua bahagian pisang tersapu rata.



Goreng kembali pisang tersebut sehingga garing/masak kekuning-kuningan.

Menyediakan sambal sardin:
Goreng bawang merah, tomato dan sardin sehingga masak. Jgn buang kuah minyak yg terhasil dari gorengan sardin tadi.
Bakar atau goreng belacan. Tumbuk cilipadi, bawang merah, tomato mengikut turutan. Akhir sekali, tumbuk sardin sekali dgn gula secukup rasa. Gaulkan semua bahan utk sambal. Siap!


Selapas sudah siap, apa lagi hidangkan lah!. mih mih mih.
Tadaa! 
Lama-lama blog aku ni jadi blog "Mari mengenal masakan Sabah pula" kikiki. Yala, bosan doh, tak tahu apa nak apdet doh!
ehh, apdet entri ini buat aku teringin masak lagi sanggar ni. Masih ada lagi sambal sardin tu. hmm, aku ciou dulu. Mau masak dan bersantap. Sekali lagi. hehehehe. Selamat mencuba! 
Assalamualaikum!


Thursday, April 26, 2012

Quick update

Assalamualaikum and goody day to uolss!
I`m gonna make this enrty short and simple for the sake that this blog could use more new entry.
I kinda left it "berhabuk" these few weeks. kekekeke.

So, two days earlier, due to boreness i`ve felt this few weeks back home (well, I was expecting my family would do some family trip outside Tawau, duh!) i`m back to sketching and eventually finished a new portrait of my college mate. Let just know her as Fiza. 

and here`s a portrait of her done by me:

And here a picture of her that I`ve used as a guide:

Oh kay, I know its not quite the same, but hey, at least I try, right? Beside, its a proof that my hands still skillful in drawing. :)

so, in the mean time, I will just looks up through my pictures collections in search of new portraits. Hopefully, i`ll be able to make good use of my sketchs book that i`ve bought last year. :)

Oh kay looo, that`s all for this time entry. Hope uols having a goody day today! buh bye. Assalamualaikum! :)


Tuesday, April 24, 2012

Kepurung



Assalamualaikum dan selamat baik baik saja kepada semua.
Hamboih! Lama sudah aku nda apdet blog aku yang satu ni. Sikit-sikit status FB dan Twitter ja yang aku apdet. Sampai stalkers dan haters aku mungkin sudah meluat tahap meroyan babeng dgn kekerapan aku meng-apdet tu. Tapi, aku buat muka memerang jakla. Mau tau macam na muka manusia memerang? 
Macam ni :


Jadi, apa sebenarnya yang aku mau luahkan dalam entri kali ni? Hewhewhew. Jangan risau, dalam blog ni aku malas luahkan emosi gilo dan poyo aku. Tapi lebih kepada situasi yang buat aku happy dan suka hatiiiiiiiii~ *tiba-tiba suara soprano keluar

Baiklah, lads and gents ! Mari kita baca apa musabab aku menaip entri ini. Sebab nya, aku mahu memperkenalkan sejenis menu yg agak popular (aku rasa lah) di Sabah iaitu Kepurung. Kalau di daerah aku, Tawau, Kepurung, kalau di bahagian utara Sabah, dorang panggil Ambuyat.

Jadi, pengisian entri kali ni adalah `Proses memasak dan memakan Kepurung’

Apa itu kepurung/ambuyat?
Buat permulaan,jujurnya, aku sebenarnya nda tahu sejarah mengenai menu ni ; dari mana, bangsa mana yg makan dan mengapa nama nya sedemikian. Yang aku tahu melalui pelajaran lisan dari ibu dan famili aku adalah, Kepurung ni popular dlm semua suku bumiputera Sabah, tepung kanji dan sayur bening adalah asas nya, serta menggunakan banyak tenaga dan bahan.

Ok, proses memasak menu ni terbahagi kepada 2. (Sebenarnya aku ja yg menyimpulkan nya begitu sbb untuk memasak dlm masa yg cepat, kerja kena dibahagikan kepada dua bahagian.)
Bahagian proses memasak yg pertama adalah menyediakan sayur bening dan sambal.
Proses kedua pula adalah memasak tepung kanji dan "memintal nya"

Bahagian pertama adalah: Menyediakan dan memasak sayur bening dan sambal.
Bahan-bahan :

Masak sayur bening
sayur-sayuran: kangkung, kacang panjang, kubis, daun kelor, keledek manis (didadu dan direbus dulu) 
*pilihan sayur terpulang pada kamu
Halia (sebesar ibu jari)
Bawang merah dan bawang putih (5 ulas tiap satu)
segenggam daun chemangi.


daun kelor
campuran sayur blm dimasak.


Masak sayur bening:  Potong bawang merah, bawang putih dan sayur-sayuran. Panaskan minyak dan tumis BM,BP dan halia sampai naik bau wangi tu. Tuang kan air dan masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong. Didihkan, tadaaa! Dah masak!


Sambal tomato:
Belacan (1/2 keping .Ikut suka hati pun boleh)
Tomato (2 biji, digoreng)
Cili padi/lada (15 biji. Ikut suka hati pun boleh)
Bawang merah (3 ulas digoreng bulat)

Sambal tomato: tumbuk cilipadi, bawang merah digoreng, dan belacan. bila dah lumat halus, masukkan tomato dan tumbuk kasar. Jgn lumat kan pulok. 

Sambal bilis kering
Ikan bilis (ikut suka hati)
bawang merah (3 ulas) dan cili padi (5 biji) tumbuk sekali.
Tumis BW dan cili padi tadi smpai naik wangi. masukkan ikan bilis dan gaul hingga masak.


tumis-tumis!

Tambahan lauk:
Kacang tanah (digoreng kering)
Sardin (tos dan goreng kering)

Goreng kering tau!
Tumbuk kasar.

sardin goreng~~

Proses kedua:
Tepung kanji (dua bungkuihhh)
Air panas (3 liter atau bergantung pada kekentalan tepung)
Chopstick (utk "membentuk" ambuyat)
Air masak (utk merendam ambuyat)
*dapatkan bantuan org lain, jgn buat sendiri

Utk proses ni, tuangkan tepung kanji tersebut ke dalam kuali atau bekas besar (mana-mana kamulah)
Sediakan air panas dan pastikan dlm keadaan mendidih (alaaa, masih berbuih-buih gelegak tuh),
Tuangkan perlahan-lahan, kacau, tuang, kacau,tuang, kacau smpai lah tepung kanji tu kental tau!
Tadaaa! jadi camni,jgn geli tau!
ambik chopsticks dan kaut tepung kanji yg da masak tu dgn cara memintal sehingga bulat.
tengok FOTO DI BAWAH utk tengok camna kaut ambuyat dgn chopstick.
Pintal jgn tak pintal~~
 Letakkan kautan/ pintalan ambuyat tersebut ke dlm bekas berisi air masak tadi. (lebih baik lebih satu org buat sesama supaya cepat) 

bila dah banyak , jadi camni~
Semua dah siap masak, apa lagi, hidangkan!

Putaran arah jam: sardin goreng, sambal tomato, (sambal ni aku tak kenalkan sbb tak penting) , sambal bilis dan kacang ditumbuk. :)


Cara makan nya adalah dgn mencampurkan semua lauk tersebut semahu anda. 
Macam ni:
*diambil ketika dlm proses ngap-ngap. cecomot
Kalau mahu cuba masak sendiri, pun boleh. Tapi kalau aku, mmg aku harap ibu aku jak lah yg masak. Lebih sodap lah katakan. :)

Terima kasih pada Puan Asma, ibu terchenta, kerana melayan karenah kami masa memasak, Alip BC, adik cold-blooded atas bantuan memintal dan Aiman, si hyper, kerana buat bising dan renungan poyo anda. :B

Ok lah, sampai sini saja. Assalamualaikum dan selamat mlm semua. :)