Monday, October 1, 2012

SIlibus merapu

bagi aku, sebenarnya,
Buku, examination, tu semua silibus.
Penyekatan ekspresi diri dalam bentuk jawapan bertulis dalam pelajaran.

Apa kena mengena aku pergi ke kelas sedangkan ada buku?
Nak dapat berkat lecturer, tu hal lain lah.
Lau lecturer tu jenis tak kisah kau datang kelas atau tak, bagi aku tu nikmat badan aku, at least dia sertakan buku.
Sebab dia tahu, hanya buku tu yang mampu membantu dia mengajar sedikit sebanyak ilmu yang dia ada walaupun dia dah syok tidur bila balik rumah.

Hakikatnya, walaupun lecturer tu bagi kau kelas, utk hadap celoteh nya, asalkan kau dah pegang buku di tangan, tu dah tahap sebelah kaki jejak syurga, sebelah lagi tu komfom jejak lau kau habis baca dan fahami isi buku tu.
Sebab silibus exam berpaksi pada "Sila rujuk buku anda untuk info".
Tipu je tu, kertas soalan exam kau nanti seratus peratus dari guru/lecturer yang buat.

Macam aku, masuk bab terangkan jawapan sebijik dalam buku memang aku fail,
Examinations result aku tak sepandai kawan sekelas lain, sebab aku dikehendaki bagi jawaban sebijik dalam buku. Erghhhh!
Kau ingat senang nak bagi jawapan main hafal?

Aku ni jenis bagi jawapan menurut pemahaman aku, bukan pemahaman org lain.
Dan walaupun aku faham, org lain mungkin tak bole terima penerangan aku.
Entahlah.

Tugas lecturer cuma utk jadi kaunter pertanyaan untuk kau fahami, dalami ilmu yang dia dah hadapi sepanjang pengajaran nya.
Dan untuk ambik "berkat" lah.
Lain cerita lah lau kau tengah belajar Al-Quran. Itu memang lain cerita.

*Maaf lah, tulis tergesa-gesa. Dapat pencerahan masa naik tangga.