Saturday, December 15, 2012

Majlis perkahwinan Puan Hazlina aka Bali

Assalamualaikum dan hai semua orang!

Haa, yang follow FB dan Twitter aku tu mesti dah dapat agak kan entri aku kali ni berdasarkan tajuk entri ni sendiri. Yep, secara rasminya, pada 07hb Disember 2012, Cik Hazlina telah bertukar status kepada Puan Hazlina. :') Tak dapat pergi majlis nikah senior kecik aku tu, walaupun Ecah bising-bising jemput aku untuk majlis akad nikah Bali beberapa hari sebelum tu. Nasib baik Ecah ada postkan di wall dia!

Tada! Alohh alohh alohhh malu-malu gitu :3

Di sini mula cerita syok dia: post Ecah di Psych Inc yang mencadangkan konvoi pergi majlis kahwin Bali. Loque dipilih jadi ketua konvoi, terus nak lempang semua orang blearghhhh
Aku dan Pija dah set jalan naik kereta sama sorang abam senior, Fiq Arshad. Sib baik dapat juga yang sudi bawa kitaorg. tsk tsk tsk. Yang sendu sikit konon-konon nak gerak jam 11 pagi, tup tup sebab aku dan Pija antara yg lambat (biasalah gegirls kan kena sesiap lawa-lawa*flipshawl*) ditambah pula kena tunggu lagi satu senior entah-masih-tidur-membuta-kot-masa-kitaorg-tunggu-dia-fuhh, konvoi kami pun gerak jam 12 lebih.  Minta maaf lah sebab buat korang tunggu lama~~

Walaupun ketua konvoi yg sepatutnya lead kami, tapi Fiq pula yg gerak dulu, yelaa, nak tunggu keta ketua konvoi aka Loq tu (ketua konvoi naik keta Hanim) memang tidak lah kan. Lama kemian naik luntur mekap aku tunggu noks wkwkwk. So, kami (keta Fiq, Jibam dan Fatin Razali) pun tinggalkan lah keta ketua konvoi yang suka sangat mau lempang orang tu sebijik jek cenggitu. Kechian Hanim. :'(

Kitaorg sampai rumah Bali di Kg. Sungai Buaya tu sekitar jam 1. Disambut dengan nyanyian lagu "Bila Izrail datang memanggil~~" ok, ketawa terbahak-bahak aku dan Pija, serta sekalian konvoi yang ada. >_<
Dekat meja letak hadiah pengantin tu, ada satu khemah utk corat-coret, bagi pesanan pada pengantin :3

ZE ZOMEL ZUNGGUH

Rasanya dalam setengah jam kot, barulah bayang keta ketua konvoi nampak. Rupanya dorang sesat 3 kali, salah masuk simpang. Tergelak-gelak kami konvoi yang dah sampai, dia ketua patutnya dia yang lead kitaorg. wkwkw. Pastu, ada gak terserempak dengan satu group student Unisel yang memang rapat dengan Ecah datang ke majlis. Nama sorang yang aku kenal tu Scha. :D

Lauk utk tetamu pun sedaknya, tapi tak sempat snap, wuwuwu sebab sibuk nak melantak kan! fahamilah gelodak peyot ittew, sanggup tak makan malam dan sarapan semata nak melantak di majlis sanding Bali. Dapat makan semeja dengan semua senior psikologi. Bila lagi dapat berkumpul macam ni kan? Meriah pun meriah, seronok lagi dpt tengok senior comel sanding depan mata. Awww. Semua muka ceria! meriah semacam meja kami masa tu, macam tuan rumah pun ada. :D 

Ni Aida! Dorang cuma kawan jek ok. 
Fatin, nak tutorial tudung ni!
Me and Pija! Sayangnya Sally takdak :(


Ketua konvoi tgh gelak sbb rancang majlis kahwin dia

Esal, Adam dan Fiq
Al-Huda dan Hanim

Ecah! :3

Paling heboh, masa kitaorang semua konvoi psikologi ambik foto dengan pengantin, kecoh kemain. Serbu pengantin. dahlah group paling besar masa tu. Tergelak jek tetamu lain tengok kekecohan kitaorg.Tak caya eh?

Ketua konvoi mengadenyeww. Bali dan Arif releks jeww tengok kami. Malu!


Majlis Bali ni special sikit dari majlis lain aku pernah pergi seumur hidup sebab Bali tak baling bunga, tapi pakat suruh kanak-kanak berkumpul depan lantai sanding tu, pastu, buat sesi "Lempar Gula-Gula". Tergelak tengok Bali loncat-loncat lempar gula-gula tu semua dengan pakaian pengantin dia! Tak dapat borak dengan Bali, cuma mampu lelambai, usik-usik, kenyt-kenyit mata pada Bali dari jauh jek, yelah, pengantin dah kena kerumun. hikhikhik


SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI KE AKHIR NYAWA :')
Dah nak balik tu, baru lah pulun ramai-ramai berkepit ambik foto, yelaa, jadi kenangan kan. Susah nak kumpul macam ni selalu. Kalau sambutan cohort baru, barulah buat. tu pun kekok. Ni memang sempoi habis-habisan lah! Sukee nyeww hati me!

Ni senior-senior tau!
kan kepit-kepit ngihahah

Kepada semua kawan-kawan cohort 10 Psikologi Industri, jangan risau, aku dan Pija dah sampaikan pesan korang dalam buku tu. hiks! Bila tengok kawan satu course ni kahwin, makin kuat gelodak meronta nak kahwin muda. aww aww :')

Dari kacak tukar pergi manish!
Tak sabarnya nak jumpa jodoh cepat, nak kahwin awal. :') Jumpa lagi di entri akan datang! *tabur-tabur bunga*

No comments:

Post a Comment